Monday, July 31, 2006

Malaysia dan Lubnan
Kumulai dengan pujian serta syukur ke hadrat ilahi, selawat serta salam terhadap rasul junjungan yang mulia..
Hari ini Lubnan masih lagi diserang oleh Israel laknat itu, sudah menghampiri hari yang ke-20, namun serangan masih lagi tidak dihentikan. Awalnya Israel menginginkan untuk melenyapkan tentera Hizbullah, kemudian setelah beberapa hari Israel hanya menginginkan untuk membunuh ketua Hizbullah, Hasan Nasrullah, kemudian setelah beberapa hari Israel berkata hanya ingin menjauhkan Hizbullah dari sempadan sahaja. Namun Israel masih belum berjaya, Hizbullah masih memberikan tentangan yang hebat dengan semangat jihad yang dimiliki oleh ahli-ahlinya. Kita tahu jumlah Hizbullah hanya lebih kurang 30 000 orang sehaja dan bukannya mempunyai kerajaan yang tersendiri, namun tentangan yang diberikan mampu memeningkan pihak lawan, dikatakan ketua tentera di pihak Israel telah mengalami implikasi sakit jantung akibat dari perlawanan ini. Penganalisis juga telah melaporkan kira-kira sekarang ini, sebenarnya kemenangan di pihak Hizbullah. Hari ini rakyat Negara Israel mengalami ketakutan, sebelum dari ini tiada satu peluru berpandu pun yang Berjaya masuk ke dalam kota Israel tapi kini hampir setiap hari beribu tembakan dilepaskan ke dalam beberapa kota Israel, Rakyatnya terpaksa berlindung di bawah tanah yang terpaksa bersesak-sesak, ekonominya telah mengalami krisis dan pelancong-pelancong asing cabut lari pulang meninggalkan Kota Israel.
Namun yang menjadi masalahnya, kedapatan banyak dari Negara-negara arab yang tidak memberi sokongan terhadap Hizbullah seperti Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Mereka ini semua merupakan tali barut kepada Amerika dan sekutunya termasuk Israel. Di Arab Saudi satu fatwa telah dikeluarkan yang tidak mengharuskan orang Islam untuk membantu Hizbullah namun beberapa ulama telah menyanggahnya seperti Dr. Yusuf Al Qardawi, Mufti Mesir Dr. Ali Jumuah yang menyeru umat muslimin membantu Hizbullah.
Persoalan yang kita timbulkan, di mana peranan Malaysia selaku ketua bagi OIC, Nampak bagi kita Malysia masih lagi takut mengikut telunjuk Amerika dan sekutunya. Hanya Demonstrasi yang dapat dijalankan oleh rakyat itupun mendapat tekanan dari pihak kerajaan.
Hari ini Malaysia cukup bermasalah, sistem demokrasinya yang tidak mengamalkan konsep demokrasi yang sebenar-benarnya. Banyak akta-akta dibuat untuk mengekang kebangkitan rakyat seperti AUKU untuk mahasiswa dan pelbagai lagi.
Bermula dengan isu kenaikan harga minyak yang mengakibatkan kenaikan mendadak harga barang-barang, Namun masalah yang lebih besar telah melanda Malaysia iaitu kedapatan sekelompok orang yang berani mencabar kedaulatan agama Islam secara terang-terangan. Mula dengan IFC, kemudian isu Moorthy, diikuti isu akta 12A dan sekarang wujudnya kumpulan artikel 11 yang menggabungkan banyak pihak seperti Majlis Peguam, Aliran, Sister in Islam dan pelbagai lagi. Mereka menggunakan kes Lina Joy. Setakat ini mereka telah berjaya membuat siri-siri penerangannya di beberapa buah negeri, walaupun rakyat memberontak melancarkan demonstrasi namun kerajaan berdiam diri seolah-olah menyokong pergerakan mereka.
Kita doakan agar seluruh umat Islam diberikan nusrah oleh Allah serta diberi kesedaran yang mendalam untuk bangkit berjuang menentang musuh-musuh..Allahu Akbar….

No comments: