Wednesday, September 27, 2006

Warta Nama Perlis Darul Sunnah
KANGAR, 26 Sep (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menyeru agar gelaran Indera Kayangan bagi negeri Perlis ditukar kepada Darul Sunnah secara rasminya.


Ustaz Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang berkata demikian dalam soalan tambahan beliau kepada kerajaan ketika sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.


Dalam jawapan kepada soalan asal Ustaz Hashim, Exco Agama, Azam Rashid memberitahu Dewan bahawa penukararan nama dari Indera Kayangan kepada Darul Sunnah belum diwartakan lagi.


Katanya, gelaran Indera Kayangan itu sendiri tidak pernah diwartakan kerana selama ini yang termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan adalah nama Perlis sahaja.


Justeru, Ustaz Hashim bangun dengan soalan tambahan dan meminta agar nama Darul Sunah diisytihar secara rasmi sama seperti negeri lain yang menggunakan nama seperti Darul Makmur, Darul Takzim atau DarulEhsan.


Dalam pada itu, seorang penyokong kerajaan meminta dikaji semula majlis sambutan Ambang Kemerdekaan yang diadakan setiap kali menjelang 31 Ogos.


Zahari Bakar (BN - Simpang Empat) berkata demikian ketika menyampaikan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Pemangku Raja Perlis sempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga DewanUndangan Negeri Perlis baru-baru ini.




No comments: