Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Wednesday, August 29, 2007

Manisnya dosa dan pahitnya cinta.

Begitulah kata-kata yang tertulis di sebuah tembok. Kata-kata ini sebenarnya bertepatan dengan sebuah hadis yang bermaksud : Jalan ke syurga itu dipenuhi dengan onak dan duri manakala jalan ke neraka dipenuhi oleh keseronokan dan poya-poya.


Realiti kehidupan kita memang begitu. Perkara-perkara yang membawa kepada dosa memang menyeronokkan manakala perkara yang berpahala sukar dan tidak seronok. Walaubagaimanapun, sebagai makhluk yang rasional, kita boleh memilih manakah perilaku yang hendak kita kerjakan. Adakah perkara yang menyeronokkan nafsu tetapi haram atau yang halal tetapi tidak menyeronokkan.


Allah maha berkuasa untuk member hidayah kepada semua makhluknya. Semua manusia dijadikan baik belaka. Tidak melakukan dosa, tetapi Allah telah berjanji akan memenuhkan neraka dengan jin dan manusia: kerana itu ada manusia yang membuat pahala dan ada pula yang membuat dosa. Sebagai manusia yang berfikiran waras, sudah tentu kita tidak mahu mengakhiri kehidupan akhirat kita di neraka.


Oleh itu marilah kita bersama menjaga tingkah laku agar semua yang kita lakukan hanyalah yang halal sahaja.InsyaAllah

1 comment :

demartyr said...

tapi kadang-kadang manusia ni terlupa...benda yg dah jelas jadi konfius pula...tertipu dgn bisikan syaitan yang meniupkan kewas-wasan..moga Alah melindungi hati kita selalu..

"mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adlah apa2 yg tenteram jiwa padanya, dan tenteram pula dalam hati.Dan dosa itu adalah apa2 yg syak dalam jiwa dan ragu2 dlm hati, walaupun org2 memberi fatwa kpdmu,"(HR Ahmad)