Sunday, January 31, 2010

Kuliah Ustaz Talib


Menjadi rutin pada malam sabtu, kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Talib di Masjid Sultan Mahmud. Ustaz Talib merupakan pesara Guru dan pernah menjadi rakan sekolah dengan kakak ayah saya (Mak Teh) semasa di Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan dalam tahun awal 70-an yang lalu.

Antara beberapa perkara yang beliau sampaikan pada sesi kuliahnya :

1. Kematian.
Semua manusia semakin hampir kepada kematian, terutama kepada yang berusia 60 tahun ke atas, sangat cerah untuk mati.
Malaikat yang ditugaskan untuk mengambil nyawa ialah malaikat Izrail. Keistimewaan malaikat ialah diciptakan sekali dengan tugasnya yang tetap. Seperti Jibrail selaku ketua Malaikat, dari mula dicipta teruslah kekal Jibril selaku ketua kepada Malaikat. Tidak pernah jawatannya dipertandingkan atau ia meletakkan jawatan. Begitulah dengan Izrail, dari mula dicipta teruslah ia kekal bertugas selaku menyabut nyawa makhluk-makhluk Allah.
Asalnya Izrail merasa khuatir kerana merasakan nanti semua makhluk tidak suka akan dia. Contohnya : Bila ada kematian sahaja orang akan berkata.. Ni Izrail la yang punya keje nie...
Lalu Allah berfirman, jangan Izrail bimbang kerana Allah mencipta 101 macam dan peristiwa. Dengan 101 macam dan peristiwa itu menyebabkan manusia terlupa akan pekerjaan tetap Izrail.
Contohnya perbualan-perbualan bila ada kematian :
-dia meninggal sebab sakit jantung.
-dia meninggal sebab lemas dalam sungai
-dia meninggal sebab exsiden
-dia meninggal sebab jatuh bangunan..
Bermacam-macam lagi perkara dan peristiwa yang berlaku, diciptakan supaya manusia terlupa akan pekerjaan Izrail ini.
Jadi..
Selagi kita masih dibekalkan nyawa oleh Allah, kena lah kita cergas mengupdate akaun kita..supaya banyak simpanannya yang akan kita gunakan di kemudian hari.

2. Jangan kita menjadi Majusi.
Sinonim bila disebut Majusi kita akan merujuk kepada menyembah api.Dahulunya ketika kelahiran Rasulullah s.a.w.. Api-Api di tempat-tempat penyembahan majusi semuanya padam.
Sabda Rasulullah :
Setiap anak Adam adalah fitrah, maka ibu bapanya lah yang akan menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi.
Agama Majusi tidak begitu popular di tanah air kita. Namun.. jangan kita merasakan kita sudah selamat.. Jika kita imbas kembali banyak budaya majusi yang telah meresap masuk dalam kehidupan manusia termasuk di negara kita.
antaranya ialah :
-Upacara menyambut keraian dengan sambutan percikan bunga api. Seperti kita mengagongkan api.
-Larian membawa obor ketika sukan Olimpik.
-Merokok. diumpamakan orang yang sangat gemarkan dengan api. Sedut api supaya semakin dekat dengan diri.
Mudahan kita semua dijauhkan dari anasir-anasir Majusi ini...

Wallahu a'lam....

No comments: