Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Monday, April 05, 2010

KOPERASI MASJID SULTAN MAHMUD

Syukur kepada Allah SWT, dengan izinNya maka dapatlah mesyuarat agong permulaan Koperasi Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Berhad diadakan dengan jayanya.
Ada yang bertanya, perlu ke Masjid membuat koperasi?
Sebenarnya kita kena kembali kepada konsep asal masjid yang sebenar, iaitu masjid merupakan institusi utama umat Islam. Masjid bukan hanya tempat solat semata-mata tetapi merupakan pusat untuk segala macam aktiviti umat Islam.
Projek Koperasi Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Berhad ini disusun dengan beberapa agenda, antaranya :
Projek Memanusiakan manusia. Memanusiakan manusia ialah didalam koperasi kita akan dilatih berada dalam kumpulan, bekerja demi kumpulan, berfikir demi kumpulan, berniaga demi kumpulan bukan hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata.
Projek koperasi ini diharapkan dapat menjana ekonomi umat Islam. Kita melihat situsi sekarang umat Islam banyak bergantung kepada bangsa-bangsa lain, contoh mudah ialah apabila kita hendak membeli barang keperluan harian, ke kedai china juga pilihannya.
Kita berharap, dengan tertubuhnya koperasi masjid ini, kita dapat mengambil alih kuasa ekonomi masyarakat bandar kuala Lipis khususnya insyaAllah.
Jangan kita merasa mustahil, semuanya merupakan kehendak Allah, lihatlah contoh ketika zaman Rasulullah dan para sahabat dahulu.. ketika mula berhijrah ke Madinah, kebanyakan golongan muhajirin berhijrah dengan sehelai sepinggang dan pada waktu itu ekonomi madinah dikuasai oleh orang yahudi tetapi kemudiannya sejarah menunjukkan umat Islam di Madinah yang akhirnya mendominasi ekonomi Madinah.

Sesi Pendaftaran mesyuarat agong





Bacaan doa oleh Ustaz Khusaini


Ahli koperasi mengaminkan doa


Ucapan aluan


En. Syafiq, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Daerah Lipis sedang memberi penerangan


YH' Dato' Abu Jamal, Pegawai Daerah Lipis merangkap penasihat Koperasi Masjid Sedang menyampaikan ucapan perasmian


Penyampaian Cenderamata kepada Dato' D.O


Sesi Mesyuarat Agong



No comments :