Sumber : A. Ubaidillah Alias
1 Februari 2011, Gerakan Membantu Pelajar-pelajar Kelantan di Mesir (GETIR) baru sahaja selesai mengadakan sidang media di tingkat 2, bangunan YAKIN, Kota Bharu. GETIR yang dianggotai oleh Alumni Keluarga pelajar Kelantan Mesir (AKPM) mengadakan sidang media bersama wakil-wakil akhbar termasuk pihak astro Awani. Ustaz Zulkifli selaku Yang Dipertua Alumni mewakili GETIR membuat kenyataan akhbar bertujuan MERAYU dan MEMOHON agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan proaktif dengan membawa pulang pelajar Malaysia yang berada di Mesir.
Ini kerana memandangkan situasi politik Mesir yang bergolak dan tidak akan pulih dalam masa yang singkat. Beberapa situasi pelajar di Muhafazah agak tegang sehingga bekalan elektrik dan air sudah terputus. Manakala sebahagian besar pelajar Malaysia sudah dibawa oleh pihak polis menuju penempatan baru yang lebih selamat.
Seorang bapa kepada pelajar perempuan yang mengambil jurusan perubatan menyatakan bahawa beliau sempat berhubung dengan seorang anaknya di Tanta pada minggu lepas. Anaknya sempat menghubungi dan mengatakan bahawa dia dan rakan-rakan yang lain akan dibawa oleh pihak polis ke satu tempat penempatan baru. Selepas itu, anaknya dikhabarkan tidak menghubungi lagi ibubapanya.
Pihak GETIR juga sempat menjemput seorang mahasiswi jurusan pergigian Kaherah yang baru sahaja pulang semalam ke malaysia. Katanya, pada malam perarakan dibuat, internet sudah tidak berfungsi. Manakala bank pula tidak dapat mengeluarkan duit. Kebanyakan pelajar tidak dapat membeli barangan makanan dan juga tiket pulang disebabkan masalah pengeluaran wang. Namun siswi itu bernasib baik kerana ibu rakannya ada bersama, ibu rakannya membantu dia membeli tiket penerbangan menggunakan kad kredit. Akhirnya dia, rakan dan ibunya terbang menaiki Gulf Air ke Malaysia.
Pada malam kejadian, suasana di Kaherah terutamanya di Hayyu Sabiek yang merupakan penempatan pelajar Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal. Namun, jarang-jarang sekali kedengaran bunyi jeritan orang dan tembakan senjata.
Diberitakan bahawa beberapa buah penjara telahpun dipecahkan, ramai penjenayah sudah bebas dan kejadian pecah rumah semakin menjadi-jadi. Pihak kedutaan Malaysia sudah menasihatkan agar setiap pelajar mengemas pakaian dalam satu beg sekitar 10kg sebagai langkah bersiap-sedia untuk berpindah jika diarahkan. Semua pelajar yang berada di rumah sewa diminta untuk berkumpul di rumah Badan Kebajikan mengikut negeri masing-masing.
Memandangkan situasi politik yang sukar dibaca, sebahagian besar pihak meramalkan bahawa keadaan akan bertambah buruk dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, pihak GETIR berusaha untuk mendapatkan maklumat terkini daripada sumber-sumber yang sahih. Disamping berusaha berhubung dengan pihak Wisma Persekutuan dengan hasrat merayu membawa pulang semua pelajar Malaysia tanpa mengira status bangsa dan jurusan.
Persoalan : Sejauh mana respon Kerajaan Malaysia dalam isu ini?
Sekian,
A. Ubaidillah Alias

No comments:
Post a Comment