Saturday, May 28, 2011

Saya ; Bank edisi 1

Sebelum daripada ini, saya ada dua akaun bank iaitu Bank Islam dan Bank Muamalat. Walaupun kedua-dua bank tersebut tidak ada di daerah Lipis namun semua urusan kewangan saya menggunakan bank-bank tersebut. Bagi Bank Muamalat cawangannya dalam Pahang sangatlah terhad hanya ada dua sahaja, di Kuantan dan Mentakab.


Disebabkan banyak kekangan yang berlaku, akhirnya saya membuka akaun Maybank Islamic di Temerloh dan di daerah Lipis Maybank antara bank yang wujud di Lipis dan antara salah satu bank yang boleh berurusan di luar waktu pejabat sama ada siang atau malam melalui mesin. CIMB Lipis pun tak boleh nak bank in waktu malam dan cuti. Maybank dan Public Bank sahaja yang boleh.


Semasa saya berurusan di Maybank Temerloh, saya telah ditawarkan dengan suatu program simpanan tetap selama tiga tahun. Setelah bosan mendengar promosi dari staf terbabit saya pun mengiyakan sahaja program tersebut.


Setelah beberapa ketika, sampailah salinan surat dari Maybank ke rumah dan yang peliknya surat tersebut menyatakan saya menyertai polisi insuran etiqa. Nampak gayanya terkenalah saya dengan staf tersebut. Semasa dia memberi penerangan haram jadah dia sebut sepatah pun perkataan etiqa.


Saya membuat panggilan telefon kepada HQ etiqa dan operator tersebut menyatakan saya perlu berurusan di cawangan. Maka pada suatu hari bekerja saya tiba di Maybank Temerloh dan dukacita dimaklumkan sistem komputer Maybank Temerloh hari itu breakdown..


Dipendekkan cerita, saya mula berurusan dengan Maybank Lipis. Nak cari parking dah la susah, rupanya nak dapat jumpa pegawai etiqa itu pun susah. Kali pertama beliau suruh saya isi borang dan bawa polisi ke Bank. Kali Kedua beliau bercuti. Kali Ketiga beliau berkursus. Saya harap janganlah kali keempat beliau sudah berhenti kerja atau kembali ke rahmatullah. Akhirnya kali keempat dapatlah saya berjumpa dengan beliau. Punya lama tunggu sejam lebih tercatok depan meja dia. Beliau sibok berurusan dengan 2 orang. Bila semua dah selesai, yang dia pun tahu tujuan saya, barulah melayan saya, cukup cepat tak sampai 2 minit.. bagi borang..dia check dan kata ok, nanti pihak Hq akan proses.


Moral : Maybank dah tipu orang..nak berurusan pun susah. Tapi dah nasib itu je yang ada di daerah kelahiran PM dan bekas kepala negeri...

No comments: