Tuesday, May 31, 2011

Tanah Runtuh..

Baru ini berlaku tragedi tanah runtuh yang mengorbankan sejumlah nyawa di negara kita. Apabila telah berlakunya peristiwa tersebut pelbagai respon yang kita dengar. Pak Menteri, Menteri Kerja raya, Majlis perbandaran, kerajaan pusat, kerajaan negeri, ngo semuanya memberi respon. Biasalah bila dah berlaku baru nak berkata itu dan ini..


Ada yang kata larangan bina kediaman di tepi lereng bukit. Amacam pula dengan bina jalan raya tepi lereng bukit.. bukan ke terdedah juga dengan tanah runtuh.

Di daerah Lipis pun selalu juga berlaku kejadian tanah runtuh.. Paling besar di Kerambit, laluan utama Lipis ke Jerantut. Ramai sudah yang tegur dalam akhbar Sinar. Tapi biasalah di daerah pedalaman ini..respon dan tindakannya agak lembab.

Orang-orang besar datang ke Lipis naik helikopter.. yang dari Kl ikut jalan Raub.. Kalau ditakdirkan tiba-tiba orang besar ini yang tertimbus atau terlanggar runtuhan bukit ini... baru lah....




signbord peringatan yang tidak banyak, hanya diletakkan sangat dekat dengan tempat tanah runtuh. Jika hari malam sangat merbahaya kerana keadaan yang sangat gelap, lampu jalan ada tapi dah lama tak bernyala, Kalau orang luar yang tak biasa lalu jalan ini..boleh lah cemas nak berlanggar dengan runtuhan tanah atau kereta dari arah berlawanan.


habis separuh dari jalan kena runtuhan. Lori-lori besar banyak yang lalu dengan kelajuan yang membahayakan.. Driver depa budjet macam jalan ini mak ayah dia yang buatkan untuk dia sahaja. Bila berselisih dengan lori ini menyasar kereta-kereta kecil dan motosikal. Boleh lah gamaknya kalau kita gelarkan driver lori-lori besar ini calon pembunuh. (saya pernah cerita dalam keluaran dulu-dulu pasal lori-lori ini, siap post gambar-gambar lori yang membahayakan orang lain lagi)








No comments: