Tadarus al-Quran..
Sudah menjadi resam, bila tiba Ramadhan kebanyakan Masjid dan surau menganjurkan program tadarus al-Quran. Suatu aktiviti yang sangat baik dan yang paling penting merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Setiap kali bulan Ramadhan Rasulullah s.a.w akan sentiasa bertadarus bersama dengan malaikat Jibril sehingga tahun kewafatan Baginda.
Masjid kami juga tidak ketinggalan menganjurkan program Tadarus al-Quran. Untuk Ramadhan 1432 ini, program tadarus dijalankan dengan dua cara :
i) bermula jam 9.00 pagi pada setiap hari (baca kecuali hari sabtu dan ahad) dan biasanya tamat dalam pukul 11.00 pagi. Untuk kali ini sebanyak dua kumpulan telah dibentuk. Selain daripada membaca al-Quran, perbincangan berkaitan hukum tawid dan intisari ayat juga turut dibincangkan.
-Seperti tahun sudah dan tahun sebelumnya, hanya kaum muslimat sahaja yang ‘berani’ mengambil bahagian.
ii) tadarus beramai-ramai selepas solat zohor pada setiap hari (baca kecuali sabtu dan ahad) dengan bimbingan Imam dan guru hafiz. Hanya satu muka sahaja dan intisari ringkas ayat yang dibaca.
-program ini baru dijalankan setelah kami menghazaf program tadarus selepas subuh yang disasarkan kepada kaum lelaki kerana tidak mendapat sambutan. Apabila diajak pelbagai jawapan seperti nak jaga cucu (padahal neneknya yang jaga), nak hantar anak ke sekolah (tak kan nak hantar anak pukul 6.15 am). Walhal Sebenarnya mereka malu tak reti nak baca al-Quran, kata Ustaz Amran : tu lah dulu kecik-kecik tak nak belajar sekarang dah …(sambung sendiri) .
Maka program tadarus beramai ini dimulakan pada tahun ini untuk memberi juga peluang orang ramai untuk sama-sama bertadarus. Senang sahaja ikut sahaja pembimbing baca, tak perlu baca sorang-sorang. Kalau tak reti kumat kamit mulut pun tak ada orang kisah dan yang istimewanya tak ada orang perasan yang kita ni tak reti baca al-Quran…
Maka..jangan lepaskan peluang kita bertadarus al-Quran. Sebenarnya banyak juga masjid dan surau yang tidak membuat program tadarus ini terutamanya di kampung-kampung. Bahkan banyak juga yang tidak membuat sebarang aktiviti Ihya’ Ramadhan pun hanya sekadar solat terawih 8 rakaat sahaja. Peruntukan Ihya’ MUIP, Majlis Daerah dsb beria pula hendaknya….
No comments:
Post a Comment