Wednesday, August 31, 2011

Akhir-akhir Ramadhan

Lailatul Qadar

-Akhir-akhir Ramadhan kita dijanjikan dengan malam al-Qadar. Menurut hadis Rasulullah s.a.w 10 malam terakhir dan lebih specifiknya pada malam ganjil. Malam yang sangat berlipat ganjaran pahala dan keberkatannya. Satu malam bersamaan 83 tahun kira-kira 300 000 hari.


-Semua ceramah, kuliah, tazkirah, artikel bercerita mengenai keistimewaan dan fadhilat Malam al-Qadar..cuma iklan-iklan dalam tv saya tak pasti ada atau tak cerita tentang malam tersebut. Walaupun semua orang sudah tahu tentang kelebihan malam al-Qadar dan hari-hari terakhir dalam bulan Ramadhan tetapi hakikatnya...sekadar tahu sahaja... realitinya amalan semakin merosot... saf di masjid-masjid sudah berkurangan berbanding hari-hari pertama dalam Ramadhan.


ps: ada orang kata malam al-Qadar tahun ini pada malam 21 Ramadhan, Wallahua'lam.


Iktikaf

-Kita check kembali apa yang Idola kita Rasulullah buat di hari-hari terakhir dalam Ramadhan. Rasulullah sudah mula melazimi amalan beriktikaf. Iktikaf ?, maksud mudahnya duduk berkampung di masjid. Hukum beriktikaf adalah sunat, tetapi pada hari-hari terakhir Ramadhan hukumnya meningkat menjadi sunat muakkad.


-Amalan iktikaf ini mungkin biasa di masjid-masjid bandar, tetapi amalan ini nampak pelik dan janggal di kampung-kampung. Kalau kita iklankan program iktikaf di masjid-masjid orang nampak tak biasa dengannya. Padahal amalan ini menjadi kelaziman buat Rasulullah serta ulama silam.


-Ada yang bertanya, bila beriktikaf ini kita nak buat apa?....

sebenarnya iktikaf ini antara amalan yang paling mudah dalam dunia, buat la apa pun jangan yang maksiat dan melalaikan. Boleh qiamullail, baca al-Quran, berzikir, solat sunat, muzakarah ilmu, muhasabah diri, tidor pun boleh dapat pahala. Mudah sangat kan?


Qiamullail

-Program Qiamullail antara program yang wajib di masjid-masjid dan surau. Ada masjid yang anjurkan sepanjang bulan Ramadhan, ada yang 10 malam terakhir, ada yang pada hari-hari ganjil, kebanyakannya menganjurkan pada malam 27 Ramadhan (orang kita panggil malam likur?). Tetapi banyak juga masjid dan surau yang tak anjur apa-apa. Solat terawih ada pun mujur.

-Sebenarnya Qiamullail ini afdhal dibuat bersendirian. Tetapi maklumlah orang kampung dan orang awam. Tak reti lah, tak biasa lah, nak baca apa, tak ada feel lah.


-Istilah Qiamullail merujuk kepada solat malam, kalau kita check sumber hadis yang kuat, afdhalnya laksanakan solat sunat tahajjud. Biasa bila kami anjurkan program Qiamullail, orang tua-tua akan ingatkan..buat solat sunat tasbih ye.. tak pula sebuat buat solat tahajjud. Malam pertama kami anjurkan program Qiamullail, imam tahfiz jemputan buat solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih tak buat..esoknya banyak sangat desakan suruh buat solat sunat tasbih. Nah esoknya sang imam jemputan terus buat solat sunat tasbih. Tak bertahajjudlah pagi tu...macam-macam ragam orang, kena rai juga ragam orang, tapi tak boleh juga nak rai semua...pandai-pandai lah...


Akhirnya...

Mudahan Ramadhan ini memberi natijah yang baik..

Wasalam...


No comments: