Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Thursday, January 05, 2012

Lama Menunggu- nombor giliran





Kaunter pendaftaran di Hospital Lipis.  Muka staf terlindung di sebalik  Monitor.
3/1/2012- Pagi-Tengahari : Menunggu untuk chek Dr. di HOSHAS. Selepas daftar-tunggu giliran- dipanggil masuk berjumpa dengan Pen. Peg. Perubatan-tunggu giliran-jumpa Dr-       ke Farmasi-tunggu giliran-ambil ubat.
-Dekat 3 jam di HOSHAS dan lamanya menunggu, untuk chek Dr. hanya beberapa minit sahaja.-

Petang : Menunggu untuk mendapatkan no. giliran di Celcom . Terlalu ramai orang, sampai ada client yang dah sound ke staf celcom. Ada yang kata “ dah sejam berdiri tak dapat lagi nombor giliran. Kalau kita dah dapat nombor giliran takpe  tunggu lama pun, kita tau giliran kita”. Kata yang lain pula “kita tak dapat nombor lagi, tak boleh nak manage masa kita”. Staf Celcom  kata kepada saya “lama lagi ini ramai orang” saya keluar berjalan dulu dengan tanpa nombor giliran, sampai semula ke CELCOM ..rupanya dah tutup. Rasa macam nak terminate je dengan CELCOM. Dah la urusan boleh buat dekat Temerloh dengan Kuantan sahaja. Naya orang Lipis….

-taktik staf celcom, staf di kaunter akan bagi nombor kepada pelanggan setelah pelanggan jenuh menunggu. Tak lama selepas pelanggan yang dah jenuh menunggu tu dapat nombor, sampailah gilirannya. Kemudian staf akan minta nombornya stple sekali dekat borang pelanggan. Kalau ikut kertas pada nombor giliran pelanggan tunggu tak sampai 5 minit pun-   

4/1/2012-Sekolah bermula. Saya masih lagi terpaksa berurusan dengan menunggu giliran. Kali ni di HKL (Lipis). Setelah letak surat rujukan dari HOSHAS di kaunter pendaftaran, setengah jam lepas tu baru saya dapat nombor giliran. Sejam suku lepas dapat nombor giliran baru dipanggil berjumpa dengan Dr… Memang lama menunggu… Mengaji Quran boleh 4 juz tu…

Ps : Kita semua ini sebenarnya tengah menunggu giliran, sedar atau tak sahaja. Giliran untuk bertemu dengan Allah. Kita duhulu atau kemudian yang penting tetap akan bertemu dengan Allah. Maka…bersedialah sementara menunggu giliran yang kita tak tahu nombor gilirannya..cepat, hampir, lambat lagi..Wallahua’lam…

1 comment :

DAMAI said...

penantian memang satu penyeksaan :)