Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Friday, February 24, 2012

Mereka yang mengambil kesempatan...


Hendak cari duit bukannya senang walaupun ada juga yang senang-senang sahaja dapat duit. Kita saksikan ada yang keluar rumah di awal pagi dan pulang ke rumah lewat malam. Bersungguh bekerja mencari duit. Contohnya sering saya saksikan pekerja Alam flora yang ditugaskan mengangkut sampah. Pukul 6 pagi sudah mula bergerak mengambil sampah di kedai-kedai di bandar. Ada juga kenalan yang siang kerja lain, malam bekerja lagi dengan kompeni lain.. memang penat.

Namun ada juga suatu kaedah yang senang sahaja untuk dapat duit, iaitu dengan meminta sumbangan. Kajian telah menunjukkan orang di negara kita terlalu pemurah, mudah simpati dan menderma. Ya, suka menderma merupakan suatu sifat yang sangat mulia. Cuma kadang-kadang ada pihak yang mengambil kesempatan dengan kemurahan hati kita.

Isu ada pihak yang mengambil kesempatan ini, sudah sering dibincangkan di media cetak, dan massa seperti di radio Ikim FM. Pernah juga wartawan membuat tinjauan di ibu kota, dalam tempoh sejam sahaja si peminta sudah mendapat hasil yang lumayan dengan pelbagai modus operandi yang mereka gunakan.

Ada yang menggunakan pelajar rumah anak yatim, maahad tahfiz, OKU. Mereka duduk di depan pintu Bank, di stesen minyak, pasar raya dsb.
Tidak ketinggalan suatu tempat yang juga sering menjadi tumpuan untuk mendapatkan duit ialah di masjid-masjid. Di tempat saya antara yang selalu datang untuk meminta duit ialah golongan saudara baru (mualaf), pemusafir, orang Patani  dan orang Pakistan.

Saudara baru biasanya mereka akan bercerita yang keluarga lama mereka sudah buang, dan mereka sekarang sedang belajar  memondok di Kelantan. Jadi tak ada duit untuk tampung kos hidup dan belajar. Mungkin cerita mereka betul..wallahua’lam.

Cuma antara yang meragukan dalam pengkisahan mereka seperti  :
-waktu belajar di pondok yang berubah-ubah, ada yang  cerita baru masuk 2 minggu..orang asak tanya kata pula baru nak pergi daftar.   
-Kita tanya tentang pelajaran yang dipelajari di pondok, ramai yang tak boleh nak jawab.  Tanya yang mudah-mudah sahaja seperti suruh mengucap, baca al-fatihah..ramai yang tak boleh nak jawab. Kata baru nak belajar.
-Kita tanya nama tok guru-tok guru yang mengajar mereka, mereka kata sudah lupa..
-Mereka tak ada surat pengesahan belajar di pondok. Kalau betul belajar di pondok sekian sekian mana surat pengesahan.. mereka jawab ustaz sana tak bagi pun surat.
-Kadang-kadang mereka terlupa yang mereka baru sahaja datang meminta di masjid ini, kita kata, kalau belajar macamana bulan lepas ada sini bulan ini ada lagi, masa bila you belajar.. ada yang jawab balik rumah mak angkat, dia baru mati semalam.
-Kita tanya kepada sahabat-sahabat pegawai masjid di daerah lain, ada tak orang sekian-sekian datang ke masjid. Sahabat respon ada. Sah la dia kerja dia pusing masjid. Lepas masjid ini, minta kat masjid lain pula..

Pemusafir.
Cerita jenis ini menarik juga untuk kita kongsi. Biasa mereka bercerita dalam perjalanan, mereka kena rompak, wallet kena ambil, jadi tidak ada duit untuk meneruskan perjalanan.
Antara yang agak meragukan :
-Mereka kata nak ke Kelantan. Kalau naik bas ekspress mesti straight (‘ala tul)  ke Kelantan. Tetapi macamana mereka boleh turun di Lipis.  Mereka boleh kata tak cukup duit nak beli tiket terus ke Kelantan jadi singgah dulu ke sini. Bila kita nak belikan tiket, depa kata takpelah..mereka nak duit..tiket mereka boleh beli sendiri.
-Ada juga yang kata tumpang lori balak. Tetapi yang musykil kenapa turun di Lipis. Teruslah follow ikut lori ke Kelantan kerana destinasi terakhir lori bukanlah di Lipis.
-Ada yang nak pergi ke Terengganu. Kita pelik macamana dia boleh ada di Lipis. Sebabnya kalau naik bas dari KL akan ikut laluan Temerloh- Kuantan bukannya Bentong-Lipis.
-Ada yang kata kena rompak, nak balik ke Penang. Setelah berjaya mendapatkan kutipan Kita hantar ke terminal bas..katanya hendak ke Mentakab untuk urusan keretanya yang rosak di bengkel. Esok lusa Kita tanya dekat kawan-kawan di daerah lain.. individu sekian ada di daerah mereka membuat modus operandi yang sama. Kata ke kita nak terus ke Mentakab macamana esok lusa ada di Raub?.

Orang Pakistan dan Patani.
Biasanya mereka mengajukan permohonan untuk mengutip derma untuk sekolah dan masjid di tempat mereka.
-Bila berdepan dengan orang Pakistan agak sulit untuk kita berinteraksi dengan dia. Dia cakap campur arab-Bi-Urdu kita faham sikit-sikit. Kita cakap arab-Bi dia tak berapa faham.
-Kadang-kadang depa tunjuk ke kita surat-surat sokongan, biasanya tak ada dari Majlis Ugama Islam Pahang. Kalau ikut peraturannya depa kena minta kebenaran dengan MUIP dulu untuk mengutip derma dalam negeri Pahang. Ada yang surat sokongannya sudah lama tariknya. Contoh depa tunjuk surat sokongan dari YB parlimen di Wilayah, YB Dr. LO’LO, surat januari 2011- depa jaja surat tu februari 2012, YB pun sudah meninggal dunia. Maknanya dari tarikh surat tu sampai bertemu dengan kami depa tak balik lagi ke negara mereka. Kata guru di situ bila masa mengajarnya. Pernah juga Mudir sekolah yang datang..kalau datang bertahun-tahun operasi ke sekolahnya…wallahua’lam.
-Mereka tunjuk gambar sekolah mereka, ada yang adobe wajah mereka di sekolah itu, walaupun kami tak lah mahir pun bab super impulse ni, tapi ketara dan ganjil sangat gambar tersebut sehingga kita orang biasa-biasa pun boleh perasan yang gambar tersebut adalah tipu.
Pernah saya lihat Orang Patani yang baru selesai mengutip derma, mereka pergi membeli makan minum dan rokok  terus sahaja mengambil duit dari duit yang baru mereka kutip tadi.   

Banyak lagi contoh-contoh. Tetapi seperti mana yang sebutkan tadi..Wallahua’lam boleh jadi cerita mereka betul..tetapi banyak keraguan dari cerita mereka dan mereka kantoi dengan kita selepas itu.
  

No comments :