Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Friday, August 24, 2012

Tangan gatal di Masjid


Tangan gatal merujuk kepada orang yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja benda yang nak diusiknya dan sudah tentu tanganlah agen terutama untuk menyentuh sesuatu. Suka saya bercerita mengenai isu ini berkisar  dalam pagar masjid khasnya masjid kami, masjid tuan puan dan mana-mana masjid pun, isunya hampir serupa sahaja.
Masjid merupakan tempat umum yang dikunjungi oleh pelbagai orang, orang besar, orang tempatan, orang luar, pelancong tempatan, pelancong luar negeri , peminta sedekah, penjual  pendek kata semua jenis golongan manusia berkunjung ke masjid. Berbeza dengan mana-mana pejabat  yang lain termasuk pejabat agama sekalipun, pengunjungnya terbatas kepada orang-orang yang tertentu dan berkenaan sahaja.
Di masjid terdapat orang yang menguruskannya yang mungkin boleh kita sebut bahagian pentadbirannya mungkin terdiri daripada pegawai masjid dan AJK masjid. Begitu juga dimana-mana pejabat dan agensi lain terdapat mereka yang menguruskannya. Namun bezanya.. pentadbiran masjid tidak dipedulikan sangat oleh pengunjungnya dan kadangkala tidak dikenali pun oleh mereka yang mengunjunginya. Makanya seolah-olah pentadbiran masjid tiada kuasa sangat pun dalam menguruskan orang ramai yang berkunjung di masjid. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai tangan  gatal.
Pengunjung bertangan gatal, ada sahaja yang disentuhnya dan walaupun mereka mengusik sesuatu benda itu hanya seketika tetapi kesannya terserlah, menyusahkan orang ramai lebih-lebih lagi pentadbirannya.
Antara contoh-contoh sikap orang yang gatal tangan di masjid. (contoh berdasarkan di masjid kami)
-Melukis dan menulis sesuka hati di tandas masjid, seperti no hp awek bla..bla. Mereka ini memang siap bawa marker dalam poket mereka.
-Membuang kucing ke masjid. Mungkin jika  mereka ini berkuasa, mereka  ingin menjadikan masjid sebagai zoo atau pusat perkembangan haiwan terutamanya kucing.
-Menampal, menggantung iklan mereka sesuka hati tanpa meminta kebenaran. Rasa saya kalau saya sesuka hati menampal/ menggantung banner dip agar rumah atau pejabat mereka..amacam?
-Membawa balik tabung kutipan derma ke rumah mereka. Mungkin mereka ingin menabung..cari tabung duit kat kedai semuanya saiz kecik, yang kat masjid sahaja bersaiz besar gedabak.
-Meninggalkan pampers anak-anak mereka sekali dengan perasa dan pewarna di pampers berkenaan di meja, kerusi tempat rehat masjid, di lantai tandas dan dimana-mana yang mereka nak letak. Tak boleh nak salahkan mereka juga. Mungkin mak ayah mereka dulu yang didik mereka supaya berperlakuan begitu. Pesan ayah mak mereka, ada anak nanti buang sahaja pampers di mana-mana.
-Najis mereka tidak dijirus, mungkin rumah mereka pun begitu juga, harap baju sahaja bergaya…perangai habat..tapi ada juga yang nak kawin dengan mereka..sama-sama habat…
-Parking khas untuk pegawai…ramai juga yang berminat nak jadi pegawai masjid kut. Kadang-kadang saya terpaksa parking kenderaan di luar pagar masjid, di tepi jalan raya..Kalau saya parking di pintu pagar macamana?
-Mereka pandai guna telekong, kain pelekat, sejadah yang disediakan..tapi tak reti nak lipat, gantung balik…Kalau tanya..mereka kata cikgu kat sekolah tak pernah ajar.
-Mereka sanggup alih kerusi-kerusi batu yang berat  untuk kegunaan mereka, lepas itu tak letak balik..
-di meja ruangan niaga koperasi masjid kami, mereka baca/ belek buku-buku sampai jadi lusuh buku tersebut. Dulu-dulu masa sekolah tak pandai sangat jaga buku..al maklumlah buku teks pinjaman..buku free, bukan kepunyaan mereka pun..jadi tak payah nak jaga beria-ria..kesannya bila dewasa agak ganas dan tidak berhalus bila berdepan dengan buku.
Pintu tandas/ plus tandas/ pili air..boleh tercabut/ terkopak dek kuatnya daya tangan mereka…tak tahulah kut-kut banyak sangat makan minum produk kesihatan yang  berlambak-lambak menyebabkan mereka menjadi sangat kuat macam badang. Pili yang besi pun boleh tewas dengan mereka.
Ada banyak lagi..tangan-tangan gatal di masjid….kalian boleh tambah sendiri di list masing-masing…
Sekian…
Ps: moralnya..Jagalah bersama rumah Allah ini. Memang bukan rumah kita..tetapi rumah Allah..kita jaga rumahNya…Dia akan balas balik dengan jaga kita pula.

No comments :