Sedutan dari Syarah Pengajian Kitab PENAWAR BAGI HATI yang disampaikan oleh Maulana Jauhari bin Ali
di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis :
Tanda hati menjadi keras apabila tidak mahu menerima pengajaran dan nasihat. Akhirnya jika tidak diubati akan membawa kepada kekufuran. Hati yang keras
diumpamakan seperti batu.
Batu jika direndam di dalam air, tak luak apa-apa pun batu
tersebut. Air tidak akan meresap ke dalam batu dan jika diangkat kembali batu
tersebut air tidak surut. Berbeza jika kita rendam roti atau biskut di dalam
air. Air akan meresap ke dalam biskut atau roti tersebut dan air akan menjadi
surut.
Namun jika kena pada kaedahnya, Batu yang keras akhirnya
akan berubah menjadi lembut juga. Caranya dengan titik air dari luar. Lama
kelamaan batu yang kena titisan air akan melekuk juga.
Antara titisan-titisan yang boleh melembutkan hati seperti :
sedekah, membaca al-Quran, Zikrullah, Memaafkan orang, Memuliakan anak yatim,
memulikan ibu bapa, menghormati dan suka berdamping dengan para ulama'.
No comments:
Post a Comment