Friday, June 26, 2015

Kisah Ramadhan (KIRAM 1) ; Solat terawih

Solat terawih hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramdhan sahaja. Di tempat kita bila Ramadhan sahaja timbul isu nak 20 rakaat atau 8 rakaat. Bagi saya terpulanglah nak buat berapa pun, yang penting jangan bergaduh atau langsung tak solat terawih.

Kesempatan ini, saya ingin merakamkan secara ringkas kenangan manis ketika menjadi imam terawih

Saya pernah  menjadi imam terawih (imam tahfiz jemputan). Ketika belajar di Maahad tahfiz suatu ketika dahulu.

Ketika di Surau Kg Chendering, saya bersama sahabat ditempatkan di bilik yang dilengkapi dengan peti sejuk, Tv, Katil. Setiap pagi Tuan imam surau atau isterinya datang menghantar juadah sahur. Begitu juga ketika waktu berbuka, mereka akan menghantar juadah berbuka. Ada seorang pakcik yang setiap hari datang ke surau dengan mengayuh basikal Rally, selalu juga petang-petang dia menghantar kuih kepada kami. Di Surau ini tiada iftar jamaie setiap hari, rasanya sepanjang Ramadhan hanya sekali sahaja pihak AJK surau menganjurkan program iftar jamaie. Solat terawih yang dilaksanakan di surau ini hanya 8 rakaat sahaja. 

Pada tahun berikutnya, saya dan sahabat yang lain pula menjadi imam terawih di masjid Bukit Sekilau. Setiap hari selepas solat maghrib di Maahad Tahfiz, kami menunggu pihak masjid datang mengambil kami. Masjid ini membuat 20 rakaat. Bilal di masjid ini ialah Saudara Ahmad Yusuf, bekas pemain bola sepak negeri Pahang dan Kebangsaan. Ketika itu (tahun saya menjadi imam terawih) beliau menjadi penolong jurulatih bola sepak Pahang. Setiap hari selepas solat terawih, kami akan dibawa Saudara Ahmad Yusuf  mengeteh di kedai mamak, selepas itu barulah kami dihantar pulang ke Maahad.

Tahun selepas itu, saya tidak lagi menjadi imam terawih kerana telah berada di bumi Mesir.. Hanya jadi makmum sahaja..

Sekian.. Wassalamu


No comments: