Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Saturday, June 27, 2015

Kisah Ramadhan (KIRAM 2) ; Sahur di Kedai Mamak

Pukul 4 pagi tadi saya bersama sahabat, Ustaz Hazmi dan Ustaz Arif bersahur di Restoran Alif Maju Lipis. Salah sebuah kedai mamak yang terkenal di daerah ini. Kedai mamak yang mula-mula beroperasi 24 jam di Bandar Lipis. Sepanjang Ramadhan Restoran Alif maju akan mula beroperasi bermula jam 3 petang sehingga subuh. Lebih menarik Restoran Alif Maju menaja selama 3 hari juadah iftar jamaie di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis.


 Bos Alif Maju Kuala Lipis bersama anak buahnya di iftar jamaie Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis

Baru-baru ini timbul isu yang ada kaitan dengan kedai mamak. Antaranya apabila ada menteri yang menyebut cadangan untuk menghadkan tempoh beroperasi kedai makan sehingga jam 12 malam sahaja kerana untuk membenteras gejala sosial yang melanda negara kita. Maka yang terpalit dengan perkara ini ialah kedai makan mamak kerana rata-rata kedai mamak beroperasi 24 jam. Pendapat saya yang kerdil ini, kedai makan perlu ada 24 jam, sebagaimana jadual perjalanan bas, kapal terbang yang tidak mengira waktu sama juga situasinya dengan kedai makan. Bagaimana pula dengan status  kedai 7E yang juga beroperasi 24 jam. Lebih membimbangkan kedai 7E terang-terang ada menjual minuman keras (arak).

Masih bercerita perihal kedai mamak, ada pula ahli persatuan mereka yang menyatakan tak sesuai istilah mamak digunakan. Ada di kalangan mereka yang berkecil hati dengan gelaran tersebut. Mereka mengesyorkan supaya dikenal mereka dengan Kedai Nasi Kandar bukan kedai mamak. Dalam Islam, kita diajar untuk memberi gelaran yang baik kepada orang lain. Cuma, dalam isu ini saya tidak mempunyai pengetahuan tentang  istilah tersebut. Insyaa Allah ada masa saya kena ‘discus’ dengan mereka yang lebih arif atau pun dengan geng ‘mamak’ sendiri.


Sekian, wassalam

No comments :