Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Thursday, November 19, 2015

Muzium Islam Kelantan

Saya berkesempatan melawat ke Muzium Islam Kelantan. Sedikit maklumat yang saya perolehi hasil carian google : 

Muzium Islam telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan beroperasi di bangunan lama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) terletak di Jalan Sultan Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka dan Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu). Pameran yang diadakan disini ialah koleksi artifak, gambar-gambar, rajah-rajah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam ke Kelantan dan juga Nusantara, tokoh-tokoh agama Islam, Jabatan Agama, Majlis Agama Islam Kelantan dan berbagai koleksi dari Negara-negara Islam.

Bangunan yang bersejarah ini terletak di Jalan Sultan Kota Bharu adalah bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Kerja-kerja mengubah suai bangunan ini telah dimulakan sejak awal tahun 1991 dan telah siap sepenuhnya menjelang perasmian bangunan tersebut pada 11 November 1991 dengan menelan belanja RM218 000.00. Bangunan yang diubahsuai ini memuatkan Muzium Islam Perpustakaan Islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran. Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan bin Mohd Salleh 1900-1920 . la dibina pada tahun 1902 dan berasaskan gaya dan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan – Pattani model penghujung abad ke-1-9 dan awal abad ke-20. Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata buatan Singgora yang terkenal lebar tebal dan kukuh. Berbagai-bagai jenis ukiran menghiasi setiap pintu tingkap dan ruang. Pada setengah tempat pula ukiran-ukiran ini memagar ayat-ayat suci al-Quran yang digubah dalam satu seni reka dan khat yang cantik dan menarik. Daun tingkapnya pula dibuat sedemikian rupa sisik angin untuk mendapatkan udara walaupun tingkap nya tertutup. Terdapat sebuah anjung di bahagian hadapan bangunan ini yang menyerupai beberapa bangunan lain yang berdekatan seperti Istana Balai Besar dan Istana Jahar. Fungsi anjung ini antara lain ialah sebagai tempat untuk menyaksikan pelbagai upacara atau pertunjukan yang sering diadakan di padang Padang Merdeka yang terletak betul-betul di hadapan rumah berkenaan. Pada tahun 1905 bangunan ini dipilih menjadi tempat sambutan lawatan Maharaja Siam iaitu Maharaja Chulalongkorn Rama V ke Kota Bharu.
Pada 3 Julai 1917 rumah ini berserta dengan kawasan telah dibeli oleh Mafflis Agama Islam Kelantan MAIK dengan harga RM15 000.00. Pada 9 Ogos 1917 bangunan ini mula dijadikan pejabat Majlis Agama Islam Kelantan setelah berpindah dari pejabat sementaranya di bangunan lama Pejabat Tanah Kota Bharu yang terletak di hadapan Istana Balai Besar (sekarang sudah tidak ada lagi).
Tingkat bawah bangunan ini pernah menjadi tempat belajar murid-murid madrasah Muhammadiah Melayu yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1917.
Pada tahun 1956 sekolah berkenaan berpindah ke bangunan baru di Jalan Merbau pada awal tahun 1956.
Bangunan ini menjadi Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan selama 72 tahun 6 bulan iaitu mulai 9 Ogos 1917 hingga 15 Februari 1990 apabila Majlis Agama Islam Kelantan berpindah ke bangunan baru di Jalan Sultan Yahya Petra Lundang. Selama tiga dekad 1920-1940 rumah ini menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah seperti mesyuarat-mesyuarat diskusi forum tempat menterjemah menerbit kitab-kitab dan di sinilah juga pejabat mufti pada masa itu.


 Jubah Imam- Style Arab Saudi, jarang Imam di Malaysia mengenakan jubah seperti ini.

 Jubah Mufti-  di Malaysia Selain Mufti, Jubah fesyen sebegini menjadi pakaian rasmi bagi Imam. Bagi kami yang menjawat Imam di bawah Kerajaan Negeri Pahang, setiap tahun peruntukan untuk jubah rasmi disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang.

Ketika saya melawat Muzium Islam, terdapat  ruang  pameran khusus mengenang Almarhum Tuan Guru Dato'  Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan di tingkat atas.


 Kitab yang pernah digunakan oleh Almarhum TGNA ketika mengajar

 Catatan tangan Almarhum TGNA yang sentiasa menulis dengan tulisan jawi.

No comments :