Wednesday, January 24, 2018

Tafaqquh Fiddin bersama Mufti Wilayah Persekutuan di Daerah Lipis


Alhamdulillah bersyukur tidak terhingga kerana  pada hari ini telah berlangsung program Tafaqquh Fiddin bersama Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan  di Masjid Daerah Lipis. Kali terakhir Sahibul Samahah bertandang ke masjid kami adalah pada 30 November 2015 yang lalu. Walaupun dalam kepadatan jadual beliau, namun kesudian bertandang ke Masjid Daerah Lipis amat kami kenang dan hargai.  

Program tafaqquh semakin  mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk di daerah ini. Kehadiran yang menjangkau lebih daripada 600 orang terdiri dari wakil-wakil Jabatan, guru takmir, guru KAFA, Guru  Pendidikan Islam (GPI KPM), NGO Women Institute (WI), Puspanita, para jemaah dan lain-lain.

Program bermula dengan bacaan kitab  Al-Kafi  Syarah Hadis 40 Imam Nawawi. Kitab keluaran Pustaka Cahaya Kasturi disusun sendiri oleh Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli. Dr Zulkifli memulakan dengan mengenalkan biodata imam Nawawi. Kemudian memberi pendedahan kaedah metodologi penyusunan kitab. Alhamdulillah bacaan kitab al-Kafi berjaya dikhatamkan pada program tafaqquh ini.
Seterusnya al-Fadhil Datuk Dr Zulkifli menerangkan secara sepintas lalu kitab Matla' Badrain yang baru disusun  semula oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Kitab sebanyak 3 jilid diterbitkan oleh  Karya Bestari, dari kumpulan KarangKraf. 
Kitab asal Matla' Badrain yang ditulis dalam tulisan jawi lama yang telah berusia lebih dari 130 tahun dipersembahkan dalam bentuk yang menarik sesuai dengan perkembangan semasa tanpa mengubah kandungan asal. Saya mencadangkan supaya kita memiliki sendiri kitab ini yang mesra kepada semua golongan terutama orang muda.
Sebelum berpindah kepada slot soal jawab, Sahibul Samahah Dr Zulkifli mengiklankan program My Aqsa yang akan berlangsung di Putra Jaya. Beliau berharap supaya orang ramai dapat menyertai program tersebut atas solidariti dan cakna kita terhadap saudara yang berada di Palestin dan kepentingan al-Aqsa terhadap umat Islam.
Selepas menjawab soalan yang dikemukakan oleh para pendengar. Sidang hadirin mengambil kesempatan bergambar kenangan dan mengambil tanda tangan al-Fadhil Dr Zulkifli.
Setelah solat Zohor, Sahibul Samahah bersama rombongannya meneruskan jaulah ilmu ke Daerah Raub. Semoga beliau sentiasa dalam keberkatan dan dikurniakan kesihatan.

Selepas subuh, Chef dibawa khas dari Kuantan yang merupakan ayah mertua kepada Imam Faizal mula operasi memasak untuk program Tafaqquh.

 Sesi pendaftaran





Sedang berlangsung





 Para jemaah mengambil tanda tangan Dr Zulkifli 


Kitab Al-Kafi dan Matla' Badrain

Bersama Irfan (imam pelapis), Imam Faizal, Datuk Dr Zulkifli dan saya. 

 Bersama para pelajar kelas muslimah Masjid

 Bilal Johne, Dr Zulkifli dan saya






#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil
#tafaqquhfiddin
#drzulkiflialbakri


 


2 comments:

Anonymous said...

Salam
di Masjid Cyberjaya mlm td, 24hb kami ada kuliyyah bersama Ust Don. Teruskan perjuangan ya ustaz, sy dah pun minum kopi baik sblum bc blog ini )

Azraie Mohamed said...

:)