Friday, February 09, 2018

Jagalah Tayar

Selaku pengguna kenderaan. Penting untuk pastikan tayar dalam keadaan baik. Angin kenalah mencukupi. Boleh tengok info kapasiti angin tayar di tepi pintu kenderaan memasing. Cuma pam angin di pam minyak sering rosak dan tidak berfungsi.
Tayar kenalah masih ada bunga. Bahaya guna tayar yang telah botak, nak pula benang dan dawai tayar sudah terkeluar.  
Selalu juga terjadi tayar makan sebelah. Bunga sebelah luar masih banyak, tetapi belah dalam dah botak.
Tayar botak ubatnya kena beli tayar yang baru. Rabak poket. Huh.
Elakkan dari membeli tayar celup. Saya pernah ada pengalaman menggunakan tayar celup yang telah botak. Akibatnya tayar meletup semasa di highway. Mujur orangnya tiada apa-apa.
Gejala tayar bengkak juga memeningkan kepala. Pening sebab kena beli tayar baru. Melayang duit ke tokey kedai tayar. Biasanya gejala tayar bengkak berlaku bila tayar langgar lubang dengan kuat. Nak buat macamana jalan raya kita banyak sangat lubangnya. Mungkin kena pakai tayar steamroller (orang kampung saya panggil stimbrol).
Tayar juga boleh bocor disebabkan tercucuk benda tajam seperti paku. Kenapa objek tajam yang berbahaya boleh berada merata-rata di tempat yang tidak sepatutnya?
Sikap manusia antara puncanya. Suka buang merata-rata. Saya pernah berpengalaman dengan kontraktor yang membuat kerja renovation masjid yang tidak cakna akan perkara tersebut. Habis paku bersepah di merata-rata tempat. Berapa banyak kereta pada masa tersebut menjadi korban.

Begitulah kisah tayar. Saya sendiri banyak datang idea ketika tayar sedang berpusing. Cuma pada ketika itu tangan sibuk memutar stering.



#PermaiMenulis #KetikaTayarBerpusing #KetikaMemegangStering #capen

No comments: