Mundar mandir. Hari ini Lebih 600km drive. Tapi masih dalam negeri yang sama.
Faktanya Pahang negeri yang luas. Saya pernah dengar orang cerita, zaman dulu masa Raja-raja melayu bermesyuarat untuk tentukan sempadan negeri-negeri. Raja Pahang tak datang mesyuarat tersebut. Masa bincang raja-raja lain tak nak hulu-hulu yang bergunung ganang. Semua sepakat bagi ke raja Pahang yang tak hadir. Akhirnya Raja Pahang dapat paling luas. Sebab raja-raja lain tak nak.
Tak tahulah benar ke tidak hikayat tersebut.
Channel : https://t.me/AzraiePermai
No comments:
Post a Comment