Beli Webcam Fantech dan Mikrofon Fantech dengan Shoope. Sebabnya kamera di Laptop tidak berapa memuaskan.
Boleh juga guna kamera dari Henpon dijadikan webcam, tetapi sebab kita nak guna juga henpon, agak rumitlah kalau guna henpon. Melainkan kita ada banyak henpon. Kita tentu nak melihat hasil gambar yang berkualiti, kadang boleh tension kalau gambar blur, kelabu dan kabur. Nak pula hanya itulah satu-satu gambar yang kita ada. Ada banyak jenis dan harga. Yang beribu-ribu pun ada. tak mampulah kome.Sunday, January 31, 2021
Webcam Fantech dan Mikrofon Fantech
Saturday, January 30, 2021
Solat jumaat di pintu pagar masjid
Mengaji Muqaddam - Sabdu di atas Lam Alif
Mengaji Muqaddam - Sabdu di atas Lam Alif
Wednesday, January 27, 2021
Mengaji Muqaddam Baris Dua Di Atas, Bawah dan Depan.
Mengaji Muqaddam Baris Dua Di Atas, Bawah dan Depan.
Mengaji Muqaddam Baris Atas, Bawah dan Depan
Mengaji Muqaddam Baris Atas, Bawah dan Depan.
Mengaji Muqaddam Baris Atas (Baris Di Atas)
Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai lagi. Permai Mengaji akan mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam.
Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)Tuesday, January 26, 2021
Belajar Muqaddam Siri 1 : Alif Ba Ta
Friday, January 22, 2021
Solat Jumaat PKP 2.0
Hari pertama Pahang PKP 2.0 jatuhnya pada hari jumaat. Alhamdulillah Masjid Sultan Mahmud masih dibuka untuk solat jumaat dan solat fardhu.
SOP masih sama.
Kita semua sudah dibiasakan dan telah melalui fasa pkp yang lebih mencabar di peringkat awal dahulu.
Cuma, sikap kita sahaja yang menentukan.
Ada yang saja-saja buat tak faham.
Lalu, pada hari ini solat jumaat diadakan dengan kawalan yang lebih ketat dari biasa.
Urusetia daripada Pejabat Agama (Paid Lipis) dan Polis (Ipd Lipis) sangat membantu melancarkan perjalanan solat jumaat pada hari ini.
Harapnya untuk jumaat yang mendatang, para jemaah sekalian tidak perlu dikawal dengan beria sebab faham belaka dah SoP.
Bayangkan kalau arahan-arahan untuk patuh SOP yang kami rasakan mudah faham pun tak faham-faham, macam manalah agaknya deme dengar khutbah jumaat yang lebih ilmiah siap berdalil Al-Quran hadis. Lagilah tak fahamnya. Adoi !
#PermaiMenulis #masjid #lipis #imam #pahang #jaip #jakim #paid
https://youtu.be/TxHHJ5Ug9uo
Makan nasi kari kambing malam PKP
Memandangkan hari esok tak boleh dah makan minum di meja kedai makan. Kami pun menghargai saat-saat akhir sebelum pkp dengan makan malam di kedai makan.
Tapinya bawa bekal dari Masjid Sultan Mahmud. Hanya oder air di Beger Boy.
Setiap malam jumaat, masjid ada sediakan pek makan malam buat ahli jemaah.
Menu malam ni luar biasa pak.
Nasi berlauk Kari kambing.
Bukan jenis makanan yang dicari.
akan tetapi nikmat dan nilai Ukhuwwah.
kemanisannya bila dapat makan bersama.
#PermaiMenulis #makan #minum #pkp #masjid #jaip #pahang
Thursday, January 21, 2021
Edar Jawi food Bank
Thursday, January 14, 2021
Sumbangan mangsa banjir di Lipis
Hari ini kami meneruskan misi menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir di Batu Kurap, Jalan Pahang Club, Tanjung Lipis dan sekitarnya. Tidak lupa SMK Clifford yang juga ditimpa musibah banjir.
Kami mengalukan sumbangan kewangan bagi meringankan mangsa banjir.
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791
NGO Permai :
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
#K
Banjir di Al-Mukmin Temerloh
Pagi ini kami turut sama membantu seadanya membersihkan Maahad Tahfiz Integrasi Al-Mukmin yang dilanda banjir besar.
Saya merupakan bacth pertama pada tahun 1991 yang ketika itu dikenali dengan SRA Al-Mukmin.
Saya sempat dengan Ustaz Osman dan Ustazah Zainab yang sehingga sekarang masih bersama dengan al-Mukmin.
Selain daripada ibu bapa, sukarelawan Masjid TJ juga turut sama 'memeriahkan' suasana.
Sebagai mantan ahli jemaah Masjid TJ (saya selalunya di Masjid Lama TJ) dan almarhum ayah saya pernah menjadi Pengerusi masjid lama dan masjid baru TJ, rupanya saya tidak kenal kesemua sukarelawan tersebut. Mujurlah saya kenal Tuan Imam Masjid TJ, Ustaz Muhammad Akmal Radzuan . Rupanya lama betul saya telah 'meninggalkan' Temerloh, sampaikan tak kenal warga Temerloh. Huhu.
Turut sama Dr Abdullah bin Ismail yang saya kenal sejak kecil selaku Timbalan Pengerusi al-Mukmin yang juga sebagai pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya.
Kebetulan pula rombongan daripada Yayasan Pahang diketuai oleh Ustaz Abdul Razak yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang juga hadir.
Saya sempat menceritakan berkenaan musibah banjir yang menimpa pelajar Kelas TFD YP di Masjid Sultan Mahmud . Harapnya YP berkunjung pula ke Lipis.
Jom bantu :
Bank Islam
06028010009648
Sek. Ren. Agama Al-Mukmin
NGO Permai -
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Azraie Mohd
Pengerusi Permai
#PermaiMenulis #almukmin #banjir #banjirtemerloh #temerloh #pahang #masjidtj #yayasanpahang #PermaiCare #kitajagakita
Monday, January 11, 2021
Pelajar Kelas Tafaqquh Yayasan Pahang ditimpa banjir di Kuala Lipis
Kami mengambil kesempatan menziarahi Puan Aini Yusuff yang tinggal di Desa Jeram Batu Kuala Lipis. Beliau merupakan mangsa banjir dan rumahnya dinaiki air hingga hampir mencecah bumbung.
Puan Aini merupakan pelajar kelas Tafaqquh Fiddin Yayasan Pahang (TFD YP). Habis kitab-kitab kelas TFD basah lunyai.
Semoga beliau terus tabah.
Kami mengalukan sumbangan terutama kewangan bagi meringankan mangsa banjir.
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791
Atau melalui NGO Permai :
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
#KitaJagaKita #BanjirPahang #lipis #Masjid #Jaip #Jakim #Yadim #PermaiMenulis #PermaiCare
Bantuan makanan asas untuk mangsa banjir Lipis
Kami mengiringi sahabat karib al-Fadhil Ustaz Adib, Guru Hafiz Masjid Sultan Mahmud iaitu al-Fadhil Ustaz Wan Hanif bin Wan Amin mewakili rakan-rakan yang juga merupakan lepasan pelajar SMU Azhariah Melor dan Al-Azhar Mesir menyampaikan bantuan makanan asas kepada mereka yang ditimpa musibah banjir.
Semuga murah rezeki Ustaz Wan Hanif dan rakan-rakan.
Kami juga mendoakan agar mereka yang ditimpa musibah banjir sentiasa tabah.
Kebetulan, kami bersua dan terus bergerak sekali dengan konvoi daripada Jabatan Agama Islam Jaip Pahang yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Fazli Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jaip.
Masjid Tanjung Bungor Lipis kena banjir 2021
Sunday, January 10, 2021
Misi kemas rumah banjir pelajar Tafaqquh Fiddin Yayasan Pahang di Lipis
Kami menziarahi dan membantu mencuci pinggan mangkuk makcik Kamariah yang tinggal di Batu 5 Penjom. Rumahnya habis dinaiki air sehingga hampir mencecah bumbung.
Beliau merupakan pelajar kelas Tafaqquh Fiddin (TFD) Yayasan Pahang di Masjid Sultan Mahmud.
Semoga beliau dan keluarga sentiasa tabah menghadapi ujian.
Kami mengalukan sumbangan terutama kewangan bagi meringankan mangsa banjir.
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791
#KitaJagaKita #BanjirPahang #lipis #Masjid #Jaip #Jakim #Yadim
Tolong basuh pinggan kena banjir di Lipis - Tempoyang
Pagi ini, walaupun agak terlewat. Kami membantu mencuci pinggan mangkuk rumah Ustazah Ain, Guru Sar Kafa Masjid Sultan Mahmud. Rumahnya di Tempoyang dinaiki air dan kali pertama sejak mereka tinggal disitu. Semoga kali pertama dan terakhir. Insya-Allah.
#masjid #kafa #jaip #jakim #paidlipis #lipis #PermaiMenulis #KitaJagaKita
Misi Banjir Lipis 2021- Bantu angkat barang
Thursday, January 07, 2021
Kopiah Bukit Mertajam yang legen
Alhamdulillah, musim-musim tengkujuh dan banjir Kopiah Bukit Mertajam sampai juga ke Lipis. Memang terbaik perkhidmatan pos.
Kopiah ini ada yang gelarkan sebagai kopiah hj derih. Atau pun kopiah Ustaz Fadhil.
Walaupun macam-macam jenis kopiah muncul di pasaran.
Kopiah Bukit Mertajam tetap berada dalam auranya yang tersendiri.
Hanya jauhari juga yang mengenal manikam.
#PermaiMenulis #Kopiah
Sunday, January 03, 2021
Ke Walimah Syazana dan Ustaz Rahman
2.1.2021 Menghadiri majlis perkahwinan Ustazah Syazana yang merupakan AJK Permai di Masjid Lama Rantau Perintis Bandar Jengka.
Seterusnya ke Sriti Al-Husna Pekan, meraikan majlis Ustaz Rahman bersama isterinya Ustazah Fathimah. Ustaz Rahman sebagai Guru Besar Sriti Al-Husna.
Semoga keluarga bahagia selamanya, dan kekal istiqamah di atas jalan perjuangan.
3.1.2021 Hari ini hujan lebat, banyak dah kawasan naik air.. sama-sama berdoa mudahan selamat segalanya.
https://youtu.be/Sw4gHGkmrNg
#PermaiMenulis #walimah #Permai #pahang #turunpadang #sriti #pasti
Friday, January 01, 2021
Makan Benjo di Kuala Lipis
Makan Benjo di Burger Boy Kuala Lipis. Saya bayar guna TouchnGo e-Wallet. Kita cuba untuk memanfaatkan teknologi dan menggunakan secara maksima aplikasi yang ada. Sebenarnya mudah je. Tapi kena ada line internetlah. Kalau henpon canggih, telco bayar plan yang mahal tapi internet krik-krik. Takde arohlah.
Dulu, masa kami kanak-kanak. Bila keluar berjalan dengan ayah ke bandar, kadang-kadang dalam perjalanan balik ke rumah singgah ke gerai burger untuk beli BENJO.
Kenapa Benjo bukan burger daging. Kerana masa itu susah nak pastikan sumber kehalalan dagingnya. Mana ada logo standart Halal JAKIM seperti sekarang. Belum tentu gerai burger tersebut menggunakan jenama Ramly Burger.
Maka untuk jalan selamat, oderlah Benjo. Saya yang masih budak taklah faham mana masa itu, kenapalah asyik makan benjo je. Kan.
Seminggu dua ini, kecoh isu daging import yang dikatakan scam guna logo halal tetapi sebenarnya sebaliknya.
Semoga isu ini segera selesai. Kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dan siasatan. Walau siapa dalangnya, perlu dikenakan tindakan yang tegas dan sewajarnya. Bukan boleh main-main isu ini.
Warga net pula janganlah mengulas lebih sudu dari kuah. Rujuk sumber primer dan berautoriti.
Jom beli Planner Ajaib Permai :
https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7
#PermaiMenulis #benjo #ramlyburger #burgerboys #halal #TNGO