Monday, January 11, 2021

Bantuan makanan asas untuk mangsa banjir Lipis

Kami mengiringi sahabat karib al-Fadhil Ustaz Adib, Guru Hafiz Masjid Sultan Mahmud iaitu al-Fadhil Ustaz Wan Hanif bin Wan Amin mewakili rakan-rakan yang juga merupakan lepasan pelajar SMU Azhariah Melor dan Al-Azhar Mesir menyampaikan bantuan makanan asas kepada mereka yang ditimpa musibah banjir.
Semuga murah rezeki Ustaz Wan Hanif dan rakan-rakan.
Kami juga mendoakan agar mereka yang ditimpa musibah banjir sentiasa tabah.

Kebetulan, kami bersua dan terus bergerak sekali dengan konvoi daripada Jabatan Agama Islam Jaip Pahang yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Fazli Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jaip.










#banjir2021 #masjid #lipis #jaip #jakim #kitabelumenang #pahang

No comments: