Semua manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini sudah pasti mempunyai hari lahirnya. Ada yang lahir pada hari isnin, lahir pada hari raya, lahir pada hari 1 Malaysia dan sebagainya. Tidak terkecuali dengan Sultan Pahang yang baru menyambut ulang tahun keputeraannya.
Sebagai rakyat jelata Pahang, maka sudah pasti akan menyambut ulang tahun keputeraan Sultan.
Di peringkat negeri, Majlis Tahlil sempena keputeraan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota. Bagi peringkat daerah, Semua masjid-masjid Daerah diarahkan untuk membuat Majlis tersebut. Baik di peringkat negeri mahupun daerah, maka urusetia jemputan sudah pasti membuat jemputan kepada Ketua-ketua Jabatan supaya menghantar wakil jabatan masing-masing ke majlis tersebut.
Saya percaya semua Jabatan-jabatan menerima jemputan tersebut, baik dalam bentuk surat yang difax ataupun kad jemputan. Tetapi bagi daerah saya, jemputan yang hadir mewakili jabatan-jabatan rasanya tidak sampai 5%. Mujur ada ahli jemaah tetap masjid yang boleh cover.
Persoalannya? Adakah rakyat daerah saya sudah tidak hormat pada sultan?
Ataupun kerana majlis yang diadakan berbentuk keagamaan..baik majlis untuk sultan ke, untuk MB ke, untuk siapa-siapa pun tetapi atas jenama keagamaan maka sambutannya akan menjadi dingin.
Saya percaya dan pasti, kalau upacara yang diadakan jika berbentuk hiburan, ada artis yang datang, ada tarian..pihak penganjur tidak payah-payah perlu membuat surat jemputan kepada jabatan-jabatan.. yang tak dijemput pun akan curi-curi datang.
Situasi sekarang, sekalipun bersandar pada orang-orang besar, tetapi atas label program keagamaan maka sambutannya cukup dingin.
No comments:
Post a Comment