Tuesday, October 27, 2009

Ramah Mesra Bersama Johan AQ Musim Pertama

Al-Quran merupakan pegangan utama bagi Umat Islam. Ianya perlu dipelajari, dibaca, difahami dan diamalkan oleh umat Islam. Mereka yang membudayakan al-Quran adalah merupakan umat yang terbaik.
Sabda Rasulullah :
Sebaik-baik di kalangan kamu, mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.
Baru-Baru ini Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis telah mengadakan program Ramah Mesra, tazkirah dan Qiamullail bersama dengan Ustaz Abdullah Fahmi bin Che' Nor al-Hafiz. Beliau merupakan Johan Akademi al-Quran (AQ) musim pertama dan baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah Pengkhususan al-Quran dan Qiraat dari al-Azhar Mesir. Majlis dimulakan dengan Bacaan al-Quran oleh Ustaz Abdullah Fahmi. Setelah itu Beliau menyampaikan tazkirah yang menyentuh tentang kehebatan al-Quran. Di akhir majlis hadirin dan hadirat diberi peluang untuk beramah mesra dengan mengajukan persoalan kepada Ustaz Abdullah Fahmi. Awal dinihari (pukul 4.00 pagi) majlis Qiamullail diadakan yang dipimpin oleh Ustaz Abdullah Fahmi.
Sambutan daripada sidang jemaah amat menggalakkan. Kita mengharapkan dengan program ini dapat memotivasikan masyarakat setempat untuk lebih menimba ilmu berkaitan dengan pengajian al-Quran seperti ilmu tarannum, tajwid, talaqqi, tahfiz, tafsir dan sebagainya.
Moderator Program, Ustaz Khairul Muhazam dan Ustaz Abdullah Fahmi dalam sesi ramah mesra

Johan AQ memperdengarkan bacaan al-Quran
Bergambar kenangan

No comments: