Friday, May 04, 2012

Menjenguk Pesta Buku Antarabangsa 2012



 Penuh sesak dengan manusia yang berminat dengan buku. Namun masih ramai di luar sana yang langsung tidak tahu kewujudan pesta buku terbesar di Malaysia ini. Daerah tempat saya yang luasnya lebih besar dari negeri Perlis, rasanya  berapa kerat sahaja yang pergi. Ada yang umur dah pencen tapi tak pernah pun tahu tentang pesta buku ini. Kesian...

Antara buku yang dibeli...tak banyak :


Novel karya sasterawan negara Arena Wati. Novel ini bertrilogi, ada 3 jilid. Bunga dari kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak. Kisah yang menceritakan sekumpulan pelajar yang bangkit mengatur agenda kesan dari timbul perasaan anti Britain dan anti Yahudi.
Asalnya Novel ini diperkenalkan oleh sahabat saya, Allahyarham Fauzi (mudahan Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau), beliau ada 2 koleksi novel ini dan merekomen saya untuk membacanya. Baru sekarang terjumpa novel ini. 
Novel ini pernah memenangi hadiah pertama  Novel Nasional sempena mengenang Allayarham Pak Sako dan mula diterbitkan pada tahun 1995. Ditulis oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Saya tertarik dengan tajuknya : Imam. Pengarang yang telah dilupai orang mula ditonjolkan semula apabila salah satu karyanya Interlok yang diterbitkan pada 1971 menimbulkan kontraversi apabila novel Interlok dikeluarkan dalam bentuk Edisi Pelajar untuk Komponen Sastera (Komsas) Bahasa Melayu Tingkatan Lima untuk tahun 2011, sebilangan besar golongan India membantahnya kerana isi kandungannya yang merangkumi unsur-unsur sistem kasta yang menyentuh perasaan mereka. Akhirnya bagi meredakan isu tersebut pada Disember 2011, tidak lama sebelum musim persekolahan 2012, kerajaan akhirnya mengumumkan penarikan balik Interlok daripada sukatan pelajaran komponen sastera. 


Novel ini mengesahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Buntat. Buntat kehilangan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Dia kerap dimarah, dirotan dan dipukul menyebabkan hatinya menjadi keras, degil dan berani. Apabila berumur 10 tahun, dia mula renggang dari rumah. Dia berdikari menguruskan dirinya sendiri.
Suatu hari dia menyeludup ke dalam kapal haji di Pulau Pinang, untuk berlayar ke Jeddah. Dia menyeludup masuk ke Makkah. Dia melihat ribuan manusia berpakaian putih bersih. Hati mereka ikhlas lagi bersih memohon keampunan dan keredhaan Allah SWT.
Buntat mulai insaf. "Apa guna hidup ini jika lupakan Allah, lupakan Rasul, lupakan ibu bapa dan lupakan diri sendiri".
Setibanya di Mekah,setiap hari Buntat berdoa di Kaabah. Allah SWT telah memakbulkan doanya. Seorang tua kaya mengambilnya menjadi cucu angkat. Dia mula mendapat nikmat layanan kasih sayang.
Buntat berdamping rapat dengan seorang guru dan ustaz yang tinggal di bangunan yang sama di Makkah dan Madinah. Berkat pimpinan datuk angkatnya, cikgu dan ustaz, Buntat menjadi budak yang baik dan mendapat haji kecil yang mabrur.

Buntat mengembara ke Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir. Hampir empat bulan dia merantau, menjadikan dia manusia berguna. Ikutilah perkembangan Buntat yang menyeronokkan dan kadangkala mencemaskan.


Buntat Balik Dari Makkah adalah cerita rekaan, sambungan daripada buku pertama Buntat Mengembara Ke Makkah. Kisah anak terbiar yang dilahirkan sebelum perang Jepun, mengalami pahit getir zaman Jepun, selepas Jepun, zaman menuntut kemerdekaan, darurat dan seterusnya zaman selepas merdeka.

Ditakdirkan sekembali Buntat dari Makkah, banyak perubahan atas dirinya yang telah berlaku dari segi akhlak, sikap, cara berfikir dan lain-lain. Dia bertindak dengan berani, tegas, dinamik dan kreatif untuk mengubah nasibnya dan nasib adik-adiknya yang yatim piatu.Buntat berminat dalam bidang Sains Pertanian dan dia mencebur diri dalam bidang ini. Atas daya usahanya dia ditakdirkan menjadi usahawan yang berjaya. Dalam usia empat puluhan, dia menjadi jutawan yang dihormati lagi disanjungi kerana akhlak, budi bahasa dan tingkah lakunya yang istimewa. Buntat banyak membantu keluarga miskin dengan teori ekonominya, "Banyakkan bubu ikan. Jangan bergantung atas sebuah bubu sahaja". Untuk mengetahui rahsia kejayaannya, bacalah Buntat Selepas Balik Dari Makkah. Pembaca akan terhibur dengan kisah-kisah lucu yang dialaminya.



Komik ini saya pernah baca semasa sekolah rendah dahulu.. tiba-tiba nak beli buku ini. Menceritakan Ayop yang pandai mengubat orang, akhirnya menjadi orang senang.

Kitab ini harga yang tertera di kulit hanya 3 Junaih/ 3 pound Mesir. Agaknya dalam RM 2 lebih la. Jual di pesta buku harganya saya beli RM 10. Buku belajar membaca al-Quran. Kiranya macam buku Iqra', Al-Matien di negara kita.

Mushaf Tawafuq hasil inspirasi  Ustaz Badiuzzaman Said Nursi, Tokoh besar dari Turki yang berhadapan dengan regim sekular Kamal Ataturk. Beliau pernah berkata : “Saya akan buktikan kepada dunia bahawa Al-Quran ialah matahari rohani yang tidak akan luntur dan tidak akan padam”.
Susunan kalimah dalam Mushaf ini agak teratur  menarik dan senang. Memudahkan orang yang mahu menghafaz al-Quran dan membacanya. Di Malaysia Mushaf  Tawafuq ini diselia oleh Yayasan Hayrat. Saya beli dengan harga RM 60.  

1 comment:

tokarab said...

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya di mana saya boleh dapatkan Alquran Tawafuq ini, selain daripada di Pesta Buku?