Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Wednesday, October 09, 2013

Mereka yang pernah dihantar ke Sekolah Agama..Kini?


Para penjaga inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Walaupun mereka jahil tetapi mereka akan memastikan anak-anak mereka akan menjadi lebih baik dari mereka. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama demi mencapai hasrat tersebut. Namun tidak semua impian mereka tercapai. Walaupun dihantar ke tempat acuan yang terbaik namun ada juga yang rosak dan tidak menjadi.

Kisah i :
Beberapa tahun yang lalu, saya bersama beberapa rakan sedang duduk minum-minum di sebuah medan selera yang membarisi beberapa unit kedai makan. Pada mulanya kami tidak perasan dan saya percaya watak yang hendak saya ceritakan pun tidak perasan sampai ke akhirnya. Di hujung meja kelihatan si ibu dan anak gadisnya. Ibunya elok lengkap bertudung labuh dan memang dahulunya saya sentiasa melihat kelibatnya bertudung labuh setiap hari  menghantar anak-anaknya (sebaya dengan saya) ke sekolah agama. Tetapi yang memelikkan penampilan anak gadisnya yang ‘free hair’, walhal dahulunya sama-sama dengan rakan saya (kini bergelar Ustaz) yang sedang minum itu dalam sekelas di sebuah sekolah agama harian.  
 
Kisah ii :
Semasa saya belajar di Maahad Tahfiz dahulu, sering kami keluar makan minum di medan selera berhampiran dengan tempat belajar. Pekerja-pekerja di kedai makan itu silih bertukar ganti, biasanya student kolej yang kerja part time untuk mendapatkan income tambahan bagi menampung kehidupan harian mereka.  Pernah suatu ketika ketika kami sedang makan  minum, seorang sahabat kami merasa  macam kenal dengan seorang  waiter baru kedai tersebut. Seorang perempuan muda (sebaya dengan kami) yang ‘free hair’ juga.. Katanya macam sama sekolah menengah agama dengan dia dahulu. Sampai akhir tingkatan 4,  budak  perempuan tu kandas  Sijil Menengah Agama (SMA) . Tingkatan 5 dia tukar ke sekolah menengah biasa.. 4 tahun pergi sekolah  bertudung labuh dan belajar agama ..setahun sahaja sekolah menengah biasa kemudian masuk ke Kolej..berubah terus penampilan..

Kisah iii
Sepasang suami isteri yang merupakan tokey kedai makan pernah menceritakan perihal anak gadis kebanggaan mereka semasa saya duduk-duduk bersarapan bersama rakan-rakan. Kata mereka lepas habis sekolah menengah agama anak mereka ambil  Sijil Tinggi Agama (STAM)di Pekan kemudian menyambung di peringkat ijazah di UIA. Katanya boleh pegi ke Mesir tapi anak dia tak pergi..belajar U dalam sahaja. Baru-baru ini si gadis tersebut melangsungkan perkahwinan dan disebabkan ibu bapa mereka beberapa kali mengajak saya ke kenduri tersebut dan kebetulan saya berkelapangan untuk menghadirinya. Apa yang saya lihat si gadis lulusan STAM tersebut tidak bertudung (free hair jugak)..

Begitulah beberapa kisah sewaktu di kedai makan..
Sekian

No comments :