Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Saturday, September 19, 2015

CERPEN KELANA ; Rehlah Antara Silibus Tarbiyah

Mengikut Nizam Tarbiyah yang dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiyah Pusat, selain daripada Usrah dan tamrin yang merupakan manhaj utama yang wajib. Ada beberapa aktiviti tambahan yang disenaraikan iaitu : Majlis ilmu, Liqa’ Fikri, Mukhayam, Rehlah dan Qiamullail. Semua aktiviti ini bukanlah suatu yang asing bagi kita semua.
Pada kesempatan ini suka untuk kami ‘highlight’ berkenaan Rehlah. Kami petik dari Nizam Tarbiyah : Rehlah adalah suatu perkelahan pendek. Merupakan program yang penting kepada anggota usrah bagi memberikan keseimbangan tarbiyah antara pengisian rohani dan jasmani. Di samping dapat meningkatkan kesegaran, kecerdasan dan dapat memupuk ikatan ukhuwah.
Cerita Dr Yusuf Al Qaradhawi “ kami berkunjung ke Dasuq untuk mendengar ceramah Ustaz Hasan al-Banna. Kerana lokasinya yang begitu jauh dan memerlukan kos perbelanjaan yang cukup mahal, kami sepakat untuk menaiki kereta Delta yang harganya murah walaupun agak lambat pergerakannya.

Cerita Dr Riduan Mohamad Nor “ aku memastikan setiap bulan, aku akan menyandang beg lusuhku dan keluar dari negara”. “Berbeza orang yang selalu musafir dengan hanya melekat di rumah.” “Lihat Tok Guru Nik Aziz dalam kuliah banyak bercerita tentang pengalaman merantau.”


Cerita Tuan Guru Dr. Harun Din mengenai pengalaman manisnya ketika muda, beliau bersama rakannya berbasikal dari Perlis sampai ke Kuala Lumpur. 


Lihat Tuan Guru Hj Abdul Hadi, walaupun jadual sentiasa penuh dengan agenda amal Islami, ada masanya beliau bermukhayam, memancing di laut dan tasik. Sama juga dengan Ustaz Tuan Ibrahim yang berminat berburu di hutan.
Maka kita yang jadual tidaklah sepadat mana, luangkan masa seketika untuk rehlah dan bersantai bersama sahabat seperjuangan. Cuma perlu diingati jangan hanya asyik rehlah dan mukhayam sahaja tetapi mengabaikan rutin utama tarbawi iaitu Usrah dan tamrin.

No comments :