Monday, July 23, 2018

Penggiat seni, pelakon Khalid Salleh meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penggiat seni, Khalid Salleh, 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Ampang Puteri, di sini hari ini.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 di Taipei pada tahun 1998 menerusi filem Jogho.
Allahyarham merupakan pelakon lelaki kedua menerima pengiktirafan itu selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Allahyarham juga merupakan penulis buku berjudul Melayu Hilang di Dunia.






Saya berkesempatan membeli dua buah buku beliau iaitu Melayu hilang di dunia dan Pandirnya si pandir.
Saya masih ingat lagi, beliau bersungguh menerangkan kepada saya hasil tulisannya Melayu hilang di dunia. 
Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang beriman.

Manusia walaupun telah meninggal dunia, tetapi karyanya, tulisannya akan terus dapat ditatap. 
Bayangkan karya ulama silam ratusan tahun dahulu sehingga sekarang masih lagi boleh dibaca dan kita mendapat manfaatnya. 
Jom menulis, meninggalkan hasil tulisan untuk ditatap oleh mereka yang kemudian. Semoga mendatangkan manfaat dan amal jariah.

Al-Fatihah.



No comments: