Thursday, November 01, 2018

Terputusnya Bekalan Elektrik

Pagi tadi bangunan kuarters masjid bergelap. Tak sedar bila mulanya bekalan elektrik terputus. Bersiap ke masjid untuk solat tanpa ditemani cahaya lampu. Mujur Handphone boleh buat lampu suluh. Tetapi bangunan masjid terang benderang disinari cahaya lampu.

Selepas sesi mengaji dengan "geng subuh" yang biasanya berakhir dengan sarapan di Kafe Masjid Sultan Mahmud, saya mendail 15454 untuk menghubungi TNB CareLine.


Sementara menunggu staf TNB datang, kebetulan Cikgu Mat Nor, salah seorang ahli jemaah masjid mengajak keluar bersarapan. Beliau pencen guru besar, dan banyak pengalaman dalam dunia pendidikan.
Cikgu Mat Nor berhasrat nak mengaji al-Quran dengan saya. Cuma masalah kekangan masa. Kerana beliau perlu menjaga dan menguruskan isterinya yang sudah uzur.

Staf TNB Datang, mereka tukar wayar baru dengan channelkan dengan port yang baru.
Kemudian kami bersarapan pula dengan staf TNB.
Mendengar pengalaman mereka berkerja dalam keadaan berisiko. Pernah kena renjatan elektrik, ada rakan mereka yang meninggal disebabkan renjatan elektrik.


Mereka juga bercerita pasal tangga.
Tangga yang digunakan adalah tangga kayu yang berat. Mereka tak guna tangga alumunium yang jauh lebih ringan disebabkan faktor keselamatan. Tangga aluminium boleh terkena renjatan elektrik.


Sesudah membasahkan tekak, mereka bergegas pula ke kampung Jeram Bungor kerana ada laporan wayar putus di situ.

Begitulah kisahnya, kita boleh mendapat input, maklumat dan ilmu di meja makan.

Link :
https://t.me/AzraiePermai

https://twitter.com/AzraiePermai

https://www.facebook.com/azraie.permai

http://syababgr.blogspot.com/

#PermaiMenulis #makan #sarapan #tnb #pagi #elektrik

No comments: