Thursday, March 05, 2020

Keputusan SPM 2019 keluar


Hari ini keputusan peperiksaan SPM. Uniknya keputusan tahun ini diumumkan tanpa kelibat Menteri pendidikan.
Masing-masing menerima keputusan dengan pelbagai reaksi. Ada yang gembira, sedih, terkejut, menangis.
Saya dahulu, menaiki bas dari Temerloh ke Kuantan bersama dengan rakan. Ketika itu, saya masih tiada handphone, sama juga dengan kebanyakan rakan yang lain. Bukan handphone sahaja, tetapi seluruh media sosial saya belum ada termasuk emel dan friendster.
Maka saya tiada gambar kenangan, apatah lagi video.
Saat menggembirakan ketika mengambil keputusan ialah dapat bersua semula dengan rakan dan guru setelah beberapa bulan meninggalkan sekolah.
Pesanan saya kepada adik-adik pelajar. Hargailah saat bersama rakan dan guru terutama ketika datang semula untuk mengambil keputusan peperiksaan. Kerana mungkin itulah kali terakhir kamu berpeluang berjumpa dengan mereka.
Selepas SPM, kembara ilmu masih panjang dan jauh. Bagi yang "blurr" tidak pasti hendak menyambung ke mana , Jom sertai program Lambaian Menara Gading (LAMEGA 7.0) di Kuantan bertarikh 10-12 April 2020.

#ResultSPM
#GengPermai
#PermaiMenulis
#Lamega
#spm

No comments: