Saturday, March 14, 2020

Kereta Proton Perdana dalam kenangan

Musim wartawan berkampung siang malam menunggu di depan pintu pagar Istana, kediaman orang besar dan pejabat sudah reda.
Selalunya hanya gambar dan video kereta keluar masuk yang berjaya dirakam. Berdasarkan kereta siapa, waktu keluar masuk dah cukup bagi pihak wartawan untuk membuat laporan berita.
Tentunya jenis kereta apa turut menarik perhatian. Masa inilah kita dapat lihat deretan kereta Proton Perdana keluar masuk. Kalau di bandar apatah lagi di kampung kadang-kadang kita tidak dapati langsung kewujudan kereta Proton Perdana menjalar di jalan. Hanya ada kereta Proton Perdana V6 keluaran lama yang bergelut dengan masalah gearbox.
Saya belum pernah menaiki kereta Proton Perdana yang terkini yang rupanya seperti kereta Honda Accord. Mengintai dari sebalik cermin tingkap pun belum berkesempatan.

Kalau Proton Perdana V6 yang lama pernahlah beberapa kali dan pernah menjadi kereta idaman saya semasa di alam belajar dahulu, tentunya yang berwarna hitam.

Semasa belajar di Maahad Tahfiz, kami boleh dikatakan selalu ke Istana Abdul Aziz, terutamanya dalam bulan Ramadan. Pernah dalam suatu tahun, setiap malam dalam bulan Ramadan selepas solat terawih kami akan ke Istana Abdul Aziz untuk bertadarus al-Quran. Pergi dan balik menaiki kenderaan pihak Istana. Biasanya kereta Proton Perdana V6 berwarna gelap dan pernah juga sekali menaiki Van Rusa.
Selepas tadarus, kami akan menikmati moreh di dapor Istana. Sering juga merasa air tangan Tengku Puan Pahang (sekarang Raja Permaisuri Agong).

Saya juga pernah ke majlis kenduri tahlil keluarga YB DS Syed Ibrahim, ketika itu beliau sebagai staf pejabat Menteri Besar Pahang, belum menjadi YB lagi. Beliau sendiri yang drive kereta Proton Perdana dan saya menjadi penumpangnya.

Ketika saya baru pulang dari Mesir. Hampir setiap pagi selepas solat subuh keluar bersarapan di Oldtown Temerloh bersama Tuan Haji Syam Pomen dengan menaiki kereta hitam Perdana V6 nya.
Maaf, Walaupun kereta keluaran nasional dipandang kurang berkualiti dari pelbagai aspek, pihak pemerintah terutama kepimpinan atasan negara wajar menggunakan kereta Nasional sebagai kenderaan rasmi.
Persepsi hanya orang-orang biasa yang tak banyak duit sahaja yang menggunakan kereta Nasional perlu diubah.
Dalam masa yang sama, pengeluar kenderaan mestilah sentiasa berusaha memperbaiki mutu dan kualiti kenderaan, supaya dipandang setanding dan sama aras dengan kenderaan import.
Saya impikan suatu masa nanti, kenderaan rasmi pemimpin-pemimpin dunia adalah kereta keluaran Nasional. Siapa tau, kan? Tiada yang mustahil. Tetapi kalau kita sendiri yang tak yakin.. kena join program Motivasi lagi ni. Huhu.
Doakan wabak Covid19 dapat diatasi dan dunia kembali aman dari ujian wabak ini. Selepas tu jom! join program motivasi bersama kami.

#PermaiMenulis #GengPermai #kereta #perdana

No comments: