Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Friday, October 02, 2015

Melawat Taman Dr Seenivasagam di Ipoh

Team kelana kami sempat singgah ke Taman ini. Mari kita berkenalan dengan Taman ini. Sumber dari wikipedia :

Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu taman yang popular di Ipoh. Sesuai untuk pengunjung melepaskan lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini, kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai replika Taman Jepun yang terletak berdekatan dengan pintu masuk utamanya.

Nama taman ini Dr Seenivasagam. Diambil dari nama seorang yang agak berpengaruh di Ipoh. Mari kita sama-sama menelaah :

Darma Raja Seenivasagam (1925, Ipoh - 15.3. 1969, Ipoh) merupakan pemimpin politik utama bagi Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sebelum 1959 dikenali sebagai Parti Progresif Perak. Dia merupakan keturunan Tamil Ceylon, bapanya merupakan seorang peguambela Ceylon dari Jaffna. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Ipoh, negeri Perak (1958-1964).
Darma Raja Seenivasagam mengasaskan PPP bersama saudara lelakinya, S.P. Seenivasagam pada tahun 1953 selepas berpecah dari Parti Buruh. Kedua mereka merupakan peguam terkenal di Perseketuan Malaya sebelum membentuk parti tersebut. Kubu kuat Parti Progresif Penduduk adalah di Perak dan ia menerima sokongan kuat, terutamanya dari pengundi Cina Malaysia.
Pada pilihanraya tahun 1954, yang pertama disertai oleh PPP, dia dipilih sebagai Ahli Bandaraya Ipoh dan Menglembu di bawah tiket Perikatan (UMNO, MCA, MIC). Dia kalah dalan Pilihanraya Persekutuan 1955 tetapi memenangi kerusi dalam pilihanraya kecil 1956.
Seenivasagam dipilih dalam pilihanraya kecil 1957 bagi kerusi parlimen Ipoh yang dikosongkan oleh Tun Leong Yew Koh yang menjadi Gabenor Melaka pertama.
Semasa menjadi pembangkang, Seenivasagam memimpin PPP bagi membentuk Majlis Solidariti Malaysia ("Malaysian Solidarity Council-MSC") pada tahun 1965 yang terdiri daripada parti pelbagai bangsa seperti Parti Tindakan Rakyat dan Parti Demokratik Bersatu (Singapura) (UDP). Dalam perhimpunan agung MSC yang pertama dan tunggal, beberapa pemimpin dari parti ini memberi ucapan yang menyokong Malaysian Malaysia. Seenivasagam dalam ucapannya menuduh Perikatan menggunakan Article 153 dalam Perlembagaan Malaysia bagi membuli bukan-Melayu".[1]
Dalam pilihanraya parlimen 1959, PPP memenangi kesemua kerusi di Perak. PPP mengulang kejayaannya pada tahun 1969.
Bagi yang berkelapangan dan ingin bersantai, sangat dialukan untuk ke taman ini.
Sekian


 Pokok buluh yang unik


 Kura-kura merenung masa depan 


 Berjalan kaki dari Riverfront 



No comments :