Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Thursday, October 29, 2015

Masjid Jamek Mersing

Kami berkesempatan singgah di Masjid Jamek Mersing. Beberapa maklumat yang berkaitan Masjid Jamek Mersing :


Masjid ini terletak di Bandar Mersing dan telah didirikan pada 7 Syawal 1375 Hijri bersamaan 18 Mei 1956 Masihi. Upacara peletakan batu asas masjid ini kemudiannya telah disempurnakan oleh Dato’ Syed Alwi, iaitu Mufti Kerajaan Negeri Johor ketika itu pada 24 Zulhijjah 1375 Hijri bersamaan 2 Ogos 1956 Masihi.
Masjid Jamek Mersing dibina berkonsepkan seni bina Afrika Selatan. Sebuah kubah yang bersaiz besar memenuhi bahagian bumbung masjidnya yang rata. Bentuk bangunan keseluruhannya empat persegi dan terdapat dua buah anjung serta sebuah menara dibina bercantum di sisi bangunan masjid ini. Anjung tersebut dibina mengikut reka bentuk seni bina Melayu. Kemasan luarnya sangat mudah dengan hanya menampilkan reka bentuk gerbang pada kedua anjung tersebut.
Menariknya Masjid ini terletak di atas bukit, bersebelah dengan kawasan laut. Jika kita berada di kawasan masjid ini, kita dapat menyaksikan pemandangan di pantai.


 Pemandangan dalam dewan solat Masjid Jamek Mersing
 Mihrab dan mimbar Masjid Jamek Mersing

 Kubah yang berwarna biru

 Dari kawasan Masjid nampak pantai


 Suatu tangga yang menghala ke pokok-pokok mangga, saya tidak tahu mengapa. Mungkin ada kisahnya.
 Tugu kemahkotaan yang terletak di pantai. Dari sini kelihatan Masjid Jamek tersergam di atas bukit. 
Pemandangan Masjid Jamek dari pantai

No comments :