Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Tuesday, May 16, 2017

Sempena Hari guru

Hari guru dimeriahkan dengan kunjungan pelbagai pihak ke sekolah. Hasrat mereka semestinya untuk meraikan para guru. Hari ini saya berkesempatan menziarahi Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Tapi sebenarnya datang makan tengahari je dekat situ..huhu., Alang-alang dapatlah bersua dengan para pensyarah yang kebanyakannya adalah rakan sepengajian suatu ketika dahulu. Bahkan ada yang sebelum ini anak murid kini telah bergelar pensyarah di situ.



 Bersua dengan YH Dato' Mahmud bin Mohd Nawawi, Pengurus Besar Yayasan Pahang 

Makan tengahari di Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Para Alumni Maahad Tahfiz bersama YH Dato' Hj Zulkifle bin Ali Al-Hafiz, CEO Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Dalam perjalanan pulang ke Lipis saya mendengar rancangan Bayan Linnas di Radio Ikim. Slot bersama Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan  Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri yang turut mengupas berkaitan guru dan ilmu.

Terlintas di fikiran saya, ketika Dr Zulkifli al-Bakri bertandang ke masjid kami pada tahun 2015 seusai musim haji. Al-Fadhil Dr. Zulkifli begitu semangat untuk mendiskusikan bukunya yang baru terbit diberi judul Tinta Nasihat untuk penuntut Ilmu.
Saya petik dari buku tersebut : ‘Muliakan guru, kasihi dan hormati beliau walaupun pada satu masa nanti anda akan menjadi seorang yang jauh lebih hebat daripada mereka’.

Saya ingin mencadangkan buat penuntut ilmu baik para guru mahupun pelajar  supaya membaca buku ini (Tinta Nasihat untuk penuntut Ilmu) sebagai pedoman. Begitu juga kitab Ta’lim al-Muta ‘allim susunan Imam Zarnuji yang sering dibaca di madrasah dan pondok.

Kita semua perlu menjadi guru. Walaupun bukan sebagai  guru yang khusus         ( yang  memang dipanggil sebagai cikgu) , tetapi tugas mengajar perlu dilakukan. Kita perlu ajar dan kongsikan apa yang kita tahu kepada orang lain. Insya-Allah ilmu kita juga akan semakin berkembang.

Catatan lain berkait hari guru :
Baca :


#PermaiMenulis

#HariGuru

No comments :