Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Sunday, May 14, 2017

Kaya VS Miskin

Kelihatan seorang pemuda segak keluar dari apartmennya menuju ke kereta sport. Menderum dan mendesup laju keretanya menuju ke pejabat.
Sampai di pejabat yang dihias cantik, pemuda tadi bersuit lengkap melangkah gagah ke biliknya. Tertera CEO di pintunya. Rupanya beliau merupakan bos di pejabatnya.
Sedang molek duduk di kerusi empuknya, telefon genggamnya memainkan irama menandakan ada pemanggil yang ingin bercakap dengannya. Dengar sahaja nada deringan tersebut si pemuda telah cam bahawa panggilan tersebut dari si gadis anak seorang Dato’ yang baru pulang bercuti dari luar negeri. Tanpa berbasa basi si gadis anak Dato’ terus mengajak keluar bersarapan di cafĂ© sebuah hotel yang banyak bintangnya.

Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya, menerpa ganas ke atap zink yang sudah berkarat dan berlubang di sana sini. Tanpa segan silu beberapa titis air berjaya menembusi lubang pada zink dan terus menimpa tikar getah di lantai.
Kelihatan si gadis montel dengan penuh terpaksa bangun ke dapur mencari periuk usang untuk dibuat penadah air hujan yang menitis dari atap bocor. Masih sempat matanya memandang ke layar tv melihat cemburu pemuda segak yang sedang bersarapan dengan si gadis anak Dato’.
Cerita tamat ? (baru nak syok)
Ibaratkan awak (sang pembaca) sambil berbaju hujan dan berpayung lengkap memerhati (seperti mengintip) di luar rumah si gadis montel , kebetulan pintu rumah terbuka. Awak pun turut menumpang melihat seorang pemuda kacak bersarapan dengan si gadis anak Dato’ dalam drama TV yang ditonton oleh si gadis montel.
Kemudian awak lihat si gadis montel mencari periuk untuk dibuat penadah air hujan.

Apa yang terlintas di fikiran awak?

No comments :