Friday, May 19, 2017

Pelakon datang ke masjid ?

Saya rasa sebahagian besar dari penduduk di negara kita pernah menonton filem. Baik di rumah sendiri, di kedai makan, di pawagam dan di mana-mana je lah..huhu..
Tenaga yang menjayakan sesebuah filem dan drama digelar sebagai pelakon. Ada pelakon utama dan ada yang sekadar mampu berpuas hati sebagai pelakon tambahan.
Pelakon biasanya boleh dan dilatih untuk  membawa pelbagai jenis watak mengikut skrip. Seorang pelakon yang hebat boleh menjadi  penjahat, ketua ganster, ustaz, taiko, over, gedik..what ever apa-apa lah..boleh belaka..

Dalam sesi wawancara,   hos akan menanyakan soalan-soalan hot pada pelakon antaranya adakah benar dia bercintan dengan heroin filem, adakah kat luar perangai dia serupa dengan watak di dalam filem.. Jawapan standart (macam dah jadi ijmak pelakon).. Itu hanyalah lakonan semata-mata..

Sekarang saya nak bawakan kamu semua berkenalan dengan sejenis lagi bangsa pelakon. Pelakon bangsa ni tak jumpa kat pawagam. Nak jumpa biasanya boleh cari kat masjid, mungkin syura mereka memutuskan masjid tempat depa kut?

Pelakon yang dimaksudkan ialah mereka yang datang ke masjid, surau dan tempat awam yang lain. Mereka datang dengan maksud untuk mengutip derma. Saya tidak katakan semua pengutip derma adalah pelakon, sebab memang ada yang betul, benar lagi sohih, dan  saya juga adalah pengutip derma jugak..huhu..

Saya datangkan beberapa contoh skrip :
Antara Cerita mereka (pegawai masjid biasanya berpengalaman dengan skrip-skrip begini)  :
Mencari kerja dekat sini, tapi rupanya kena tipu, tak de orang yang dicari, jadi sekarang duit dah habis..
Datang tadi tumpang lori, datang nak ziarah ayah angkat kat kampung, dekat hospital..
Menghidap penyakit kronik, perlu duit untuk pembedahan..

Dan banyak lagi..tak larat nak cerita semua..haha..

Kenapa kami tahu mereka hanya berlakon?

Pepatah ada menyebut ; sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.

Pihak pegawai masjid pun tak lah lurus sangat, depa pun ada juga buat siasatan, nak pulak zaman teknologi sekarang.. sudah tentu ada link dengan masjid-masjid lain, penguatkuasa setiap daerah dan negeri. Jadi mudah sangat nak kantoi zaman le ning.. So berhati-hatilah pelakon di masjid. Apa kata insaf dan bertaubatlah. 

#PermaiMenulis
#PelakonMasjid
#CatatanImamKecil





No comments: