Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Wednesday, May 31, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 15) Menu berbuka yang sama

Alhamdulillah selesai iftar hari ni, setakat ni setiap hari saya iftar di tempat yang berbeza. Cuma pendapat saya, majlis berbuka puasa di tempat kita agak cerewet dan remeh penyediaannya. Saya terkenang pengalaman berbuka semasa di Mesir dahulu. 
Kami berbuka puasa di Masjid yang terletak di hadapan rumah, tak sampai 20 langkah dah sampai masjid.
Pihak masjid menyediakan tempat khas untuk kami, pak Arab yang lain kena sound kalau parking kat situ..huhu... baik betul layanan..kan.
Step 1 : masuk ke masjid, jemaah dibekalkan dengan secawan (macam bekas dadih@ yogurt) Aruz Laban yang diletakkan sekali sebutir kurma.
Setiap hari.. tanpa gagal, aruz laban yang cukup enak itu menjalar ke dalam badan kami. 
Para jemaah biasanya mencicip aruz laban di tempat solat memasing. Habis molek Aruz laban, iqamat dilaungkan dan para jemaah pun solat.
Selesai solat, berpusu jemaah ke halaman masjid untuk sambung makan berat. Kami memang dah ada port khas, hidangan telah terhidang di meja (meja konsep jepun, kena duduk bersila).
Setiap hari menunya adalah sama. Dari tahun satu hingga tahun akhir saya di Mesir, menunya tetap sama, tidak ada sebarang inovasi pun untuk perubahan..haha.
Nasi putih berlaukkan seketul daging rebus, berkuahkan kacang pul (saya tak reti nak labelkan kuah tersebut di kategori mana), disertai pelengkap hidangan iaitu roti arab (macam roti prata).
Tidak timbul pun persoalan di benak jemaah, hari esok lauk apa, lauk sedap ke tak. Sebab lauknya tetap sama.
Bayangkan..jika pak arab yang mungkin telah 30 tahun berbuka di masjid tersebut. 30 tahun dengan menu yang sama setiap hari ketika berbuka.
Semuanya makan dengan rasa gembira. Ramai juga geng pengilap kasut yang berbuka bersama kami. Nikmatnya melihat pak arab menjamu seketul daging rebus masih terbayang di ingatan saya. Jika ada ongkos, mau rasanya saya saje-saje pergi beriftar ke situ semula. Ke tempat yang tiada kompelin walaupun lauknya sama je. Hebat bukan?

No comments :