Tuesday, May 08, 2018

Pesan Mufti Pahang dalam mengundi PRU

Esok hari mengundi. Saya petik teks khutbah jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang menyebut "supaya semua warga negara yang cukup umur WAJIB keluar mengundi. Dan HARAM jika tidak menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi.
Begitu juga pemimpin yang dipilih mestilah seorang yang taat kepada Allah dan RasulNya. Beriman, menjaga solat, sentiasa takut kepada Allah dalam segala tindak tanduk, sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, tidak mengkhianati amanah, tidak menipu, tidak mementingkan diri, menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar dan banyak lagi."



Ini kerana masih kedapatan mereka yang tidak menghiraukan pilihan raya.
Ada yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Ada yang telah berdaftar tetapi tidak mahu mengundi dengan alasan jauh, hari bekerja dan macam-macam alasan lagi.

Ada pula yang kononnya ingin berwatak suci dengan berpendapat politik itu kotor. 
Sedangkan Islam bukan hanya berkisar soal solat, puasa, tahlil sahaja. 
Tetapi Islam yang syumul adalah way of life. Termasuk amalan yang kecil seperti adab dan doa tidur, adab dan doa masuk tandas. Sehinggalah perkara yang besar seperti pemerintahan, undang-undang, bentuk negara, sistem kewangan.

Sebenarnya, menjadi warganegara yang baik dengan keluar mengundi, kerana telah melaksanakan tanggungjawab. Lari dari tanggungjawab bukanlah sikap yang terpuji.
Nak pula parti-parti, dan calon-calon yang bertanding telah melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPR. 
Maka mengundi calon pilihan masing-masing tidak menjadi kesalahan dalam sistem demokrasi. Dan tiada siapa yang boleh mengugut.

Semoga kita semua mendapat hidayah. Jadilah orang yang bertakwa. Dan pilihlah calon yang bertakwa.
Selamat mengundi.

No comments: