Saturday, November 14, 2009

Majlis Ihtifal

Bahang Cuti Sekolah sudah mula terasa. Semalam Khutbah Jumaat juga menyentuh tentang Cuti Sekolah. Antara Fokus yang dibangkitkan ialah Peranan ibu bapa dalam membuat pengisian cuti sekolah untuk anak-anak. Banyak masalah-masalah yang timbul sekarang ini sebenarnya berpunca daripada kecuaian ibu bapa itu sendiri.
Minggu-minggu terakhir sebelum cuti, budak-budak sekolah boleh dikatakan agak bebas di sekolah, tidak lagi terikat dengan jadual pembelajaran, hanya menunggu keputusan peperiksaan akhir tahun sahaja. Pelbagai aktiviti telah dirangka supaya pelajar-pelajar tidak membuang waktu sia-sia sahaja di sekolah.
Tidak terkecuali kelas-kelas pengajian agama dan al-Quran, juga membuat aktiviti sebelum melabuhkan tirai untuk sesi ini. Minggu ini sahaja banyak kelas-kelas pengajian agama & al-Quran, Tabika, taska dan PASTI membuat majlis graduasinya.
Antaranya ialah Ihtifal PASTI kawasan Temerloh, Ihtifal PASTI Kawasan Bera, Ihtifal Tabika Islam Daerah Lipis, Ihtifal SAR KAFA Taman Pertama Lipis dan Majlis Graduasi Tabika Az Zahra' Bestari.
Saya berkesempatan mengikuti Majlis Graduasi Tabika Az Zahra' Bestari yang diadakan di Dewan Hotel Centerpoint Lipis. Majlis dimulakan dengan Bacaan al-Quran secara hafazan oleh pelajar kelas al-Quran, Majlis Khatam al-Quran, Tazkirah Imam Masjid Daerah, Persembahan Pelajar tadika 4,5 & 6 tahun, persembahan kelas fardhu ain pagi, persembahan pelajar tadika 4 tahun, persembahan pelajar tadika 5 tahun, persembahan pelajar tadika 6 tahun, persembahan pelajar kelas fardhu ain petang, persembahan nasyid, pemyampaian hadiah dan sijil serta diakhiri dengan jamuan.
Peserta Khatam al-Quran berarak naik ke pentas

Peserta Khatam al-Quran di atas pentas

Persembahan pelajar tabika 4,5 & 6 tahun
Persembahan Pelajar kelas Fardu ain pagi


K.Ani menonton persembahan anaknya

Menunggu giliran untuk membuat persembahan

No comments: