Semua orang muslim tidak boleh tidak.. tidak terlepas dari tuntutan sebagai seorang Dai'e(Penyebar Islam) . Kerja Daie bukan hanya kerja Ustaz-Ustazah, tetapi ianya merupakan kerja semua orang Muslim. Ketahuilah..Kita akan ditanya nanti dengan tuntutan ini. Tidak ada alasan yang dapat kita berikan kepada Allah nanti. Tak kan kita punya jawapan.. sebab saya bukan Ustaz, Sebab saya tidak bersedia lagi, Saya bagi orang lain dulu, saya follow belakang sahaja, ilmu saya tidak cukup lagi, Saya pun bukan baik sangat nak buat kerja dakwah ini... atau berbagai alasan lagi..Ingatlah kita merupakan seorang dai'e...
Maka selaku seorang Daie..banyak perkara-perkara yang perlu kita lakukan untuk melengkapkan diri kita.. Berkebetulan dengan Raya korban ini, Elok kiranya kita mengimbas suatu aspek yang perlu ada dalam daie iaitu aspek pengorbanan.
Selaku Daie, Pengorbanan mesti sentiasa bersama, berjalan seiring dengan kerja dakwah kita. Imam Hasan al-Banna telah memasukkan aspek Pengorbanan dalam Rukun Baiah. Pengorbanan yang dimaksudkan ialah mengorbankan jiwa, harta, masa dan seluruh kehidupan untuk mencapai matlamat menegakkan Islam di atas muka bumi ini.
Kata Ustaz Nasruddin at Tantawi kepada kami (ketika saya masih di alam student dahulu), cuba kita check balik diri kita..adakah kerja Islam yang kita lakukan telah sampai kepada tahap pengorbanan?
Jujurnya bagi saya sendiri..tidak sampai lagi. Mungkin kita hanya baru sampai kepada tahap menyumbang. Menyumbang bererti..contohnya, jika ada slogan derma jihad dilaungkan..memang kita mengeluarkan derma kita, tetapi derma hanya setakat menyumbang sahaja..kalau sampai berkorban..kita lihat contoh bagaimana Saidina Abu Bakar yang telah menderma semua hartanya untuk perjuangan Islam..hanya tinggal Allah dan Rasul sahaja. Bagaimana saidina Umar separuh dari hartanya..Kita? 10% dari harta kita pun belum tentu lagi...
Menyumbang..bererti apabila pergi ke program-program dakwah yang hanya kena dengan masa kita. Kalau kita lapang, kita hadir..tetapi kalau kita sudah ada program peribadi pada waktu itu..mungkin kita tiada dalam program-program dakwah tersebut...
Pengorbanan ialah kita mengutamakan masa kerja-kerja untuk Islam lebih dari kerja-kerja peribadi kita sendiri..
Sempena dengan Raya korban ini..sudilah kiranya kita bermuhasabah kembali tentang di tahap mana kerja Islam kita...Kalau ke tahap menyumbang pun belum sampai...alangkah naifnya kita...Ingat nanti kita tidak akan terlepas ditanya Tuhan tentang kerja buat kita... Ambil peluang selagi hayat di kandung badan..yang masanya cukup terbatas..masa kita sudah tidak banyak..kita kena bangkit cergas....
No comments:
Post a Comment