Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Monday, July 03, 2017

Sedapnya Nasi Goreng



Pergi kedai makan, tanya waiter menu apa yang ada. Biasanya depa akan cakap Ada masakan panas. Kebiasaan saya akan oder nasi goreng.
Sepanjang ramadan yang baru berlalu, hanya sekali saya makan nasi goreng. Nasi goreng sebungkus RM 3 yang dibeli dekat bazar depan Pantai Selamat.
Raya ni, baru satu rumah yang saya singgah ketemu dengan nasi goreng. Tetapi saya dah tak berdaya nak menjamahnya disebabkan terpengaruh dengan nasi ayam.
Masa saya sekolah rendah, saya hanya tahu nasi goreng sahaja. Tak pernah tahu yang nasi goreng ada bermacam jenis. Kali pertama saya makan nasi goreng Pattaya ketika tingkatan 4.
Biasanya hanya menjamah nasi lemak Rangger depan sekolah. Suatu hari cuti, senior sebilik ajak saya makan nasi goreng pattaya. Siap sebut lagi sekurangnya kena ada berapa duit untuk makan nasi goreng tersebut.
Selepas zaman sekolah barulah saya terdedah dengan kepelbagaian jenis nasi goreng. Mungkin agak lewat berbanding kalian semua..huhu.
Kalau dihitung mungkin lebih dari 10 jenis nasi goreng. Saya sebutkan beberapa contoh nagi goreng kampung, nasi goreng ikan masing, nasi goreng seafood, nasi goreng paprik, nasi goreng daging merah, nasi goreng cina, nasi goreng tomyam, nasi goreng bla..bla…. Banyak weh.
Makanya, walaupun setiap hari kita makan nasi goreng. Tetapi pilihan kita masih boleh dipelbagaikan. Saya percaya kaedah itulah yang dipilih oleh saudara Abrar. Pakar nasi goreng kerana setiap hari menggoreng nasi.

Kerana manusia biasanya cepat bosan melakukan rutin yang sama. Kalau terlalu lama akhirnya boleh jadi jumud dan tidak berkembang.

Jom kita buka kedai makan.

#PermaiMenulis


No comments :