Saturday, November 11, 2017

Hobi membaca komik


Membaca komik merupakan kegemaran saya. Mungkin kerana saya membesar dalam zaman kegemilangan komik Hongkong dan Jepun.
Bolehlah jika nak kategorikan saya antara pembaca tegar komik semenjak sekolah rendah.
Saya membaca Komik-komik nipis yang dipasarkan secara mingguan seperti Alam Perwira, Dewata Raya, Pedang Setiawan, Senjata Misteri, Juara Kembar, Pendekar Laut, Raja Rimba. Dll.
Komik keluaran Comic House yang keluar secara bulanan seperti Mutiara Naga, Misteri Naga, Slam Dunk, Penyiasat Remaja, dll.
Belum dicampur dengan 'majalah' Ujang dan Apo lagi.
Namun seingat saya, antara komik terawal yang saya baca dan beli ketika di sekolah rendah lagi ialah Kungfu Boy dan Jenaka Q.
Membaca komik tidak sama dengan baca novel. Komik tidak sesuai menggunakan ayat karangan berjela-jela. Itu dah jadi novel.
Walaupun penggunaan ayat dalam komik lebih ringkas, kadangkala ianya lebih mudah difahami dan sampai kepada pembaca. 
Lebih menarik, ada komik yang tak banyak menggunakan dialog. Cukup dengan lukisan kartun sahaja mampu memberi humor kepada pembaca. Antaranya ialah komik Jenaka Q. Sebuah komik lagenda yang diterbitkan sejak saya belum lahir lagi.
Siapa ada koleksi dan peminat Master Q ?




Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER
#PermaiMenulis

No comments: