Tuesday, November 14, 2017

Kemalangan depan Masjid

Peribahasa ada menyatakan Malang tidak berbau.
Tiada siapa pun yang inginkan kecelakaan dan musibah menimpa.
Tetapi kita insan yang lemah. Secanggih mana pun teknologi dan sistem tetap ada kelemahan.
Secerdik dan genius mana pun pasti ada kekurangan.

Menjelang waktu Isyak berlaku kemalangan di simpang masuk ke masjid kami. Kemalangan antara Cikgu Mat Nor yang  menaiki kereta ingin masuk ke masjid bertembung dengan motor anggota Rela.
 Motor honda ex5 

Kereta Honda City Cikgu Mat Nor

Simpang masuk dan keluar  masjid kami ke jalan besar memang agak merbahaya. Biasanya kenderaan meluru laju dan lebih menyukarkan terdapat selekoh di simpang masuk dan keluar.
Lipis memang terkenal dengan jalan yang berlipat-lipat. Sehinggakan jalan di kawasan bandar pun berkonar-konar.

Cadangan saya, mungkin perlu dibuat bonggol-bonggol supaya kenderaan terpaksa memperlahankan kenderaan seperti bonggol yang terdapat di hadapan sekolah.

Maklumlah para jemaah masjid  kebanyakannya terdiri dari golongan veteran yang tahap kelajuan memandunya semakin perlahan berbanding kaum muda. Nak masuk dan keluar simpang pun perlahan.

Kalian ada cadangan ?



Cuti sekolah sudah makin hampir 😱

Agak-agak apa perancangan semasa cuti sekolah nanti. 

TAK NAK BUANG MASA BEGITU SAJA❓

Ayuh sertai Program Cuti Sekolah bersama Permai 🏃🏃

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

KELAS MENGAJI AL-QURAN PERMAI..

 ðŸ”® Selama 3 minggu mulai :
  5 Dec 2017 - 19 Dec 2017

🏡Lokasi : PERMATANG BADAK PERDANA

Terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah 

Program ini menawarkan Kelas  3 in 1 :
✅ Celik Al quran
✅ Mahir Tajwid
✅ Smart Hafazan

Hanya RM100 sahaja

Huuu, nampak menarik bukan?

Apa tunggu lagi, ayuh daftar segera dengan menghubungi 🏃🏃🏃

👉 Ustazah Fatiemah : 0199222685

👉 Ustazah Syafiqah :
0145112978

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil



No comments: