Monday, November 13, 2017

Menempah pakaian di Raub


Hari ini saya ke bandar Raub dengan hanya satu tujuan iaitu untuk menempah baju. Kenapa perlu ke Raub ? Best sangat ke tailor di sana ?
Raub pun mujur berbanding sebelum ini terpaksa menempah jauh di Kuantan dan Pekan.
Ceritanya begini..
Setiap tahun kami Pegawai Masjid JAIP akan mendapat peruntukan membuat pakaian rasmi.
Jangan tak tau.. Kami pun ada pakaian rasmi.
Pakaian rasmi kami adalah seperti berikut :
1.     Jubah hitam (jubah kot)
2.     Kopiah Merah berlilit putih (Style Azhari)
3.     Stokin Hitam
Kenangan semasa perasmian Masjid Kampung Gua 

 Selain warna hitam,  Jubah rasmi masjid kami juga berwarna krim.

Imam Masjid Daerah dalam Negeri Pahang.

Isunya. Tak semua kedai menjahit pakaian yang boleh dan menerima untuk menjahit pakaian kami ini. Itu yang tahun-tahun sebelum ini sampai ke Kuantan dan Pekan kami pergi menempah.

Tahun ini, Daerah Lipis join sekali daerah Raub menempah di sebuah kedai Tailor di Raub. Di Daerah Lipis, tak berjumpa pula Tailor yang boleh terima waran peruntukan ini.
Jika puas hati, tahun depan boleh buat lagi di situ. Jika tak, kami meneruskan misi pencarian kedai yang lain.

Hasrat kami kalau dapat kedai yang berdekatan lebih berbaloi. Mungkin kalian ada yang boleh menjahit dan menerima tempahan pakaian rasmi kami ?


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil

No comments: