Thursday, November 30, 2017

Kambing pun kena Rawatan Kesihatan

Dua ekor kambing biri-biri yang tak lalu makan. Nak kata daun  tak sedap, Palet (dedak) yang kambing lain ketagih sampai berlari-lari balik ke reban kerana teringatkan dedak tersebut, depa dua ekor buat tak kisah je. Agaknya putus cinta atau memikirkan masalah hidup dengan begitu serius.
Punyalah tak lalu makan sampai nampak rangka tulang.

Pihak Veterinar pun dipanggil untuk memberikan rawatan kesihatan kepada kambing tersebut. Dua suntikan diberikan kepada dua ekor kambing tersebut.
Setelah diberi suntikan nampaknya dua ekor kambing tersebut semakin berselera makan.

Pihak Veterinar juga ada memberi beberapa panduan menguruskan kammbing dengan lebih sistematik. Antaranya Kambing kampung dan biri-biri tidak boleh bercampur dalam satu kandang. Kata depa Kambing kampung lebih jahat berbanding kambing biri-biri. Akhirnya nanti kambing biri-biri tak cukup makan kerana tempat makan dikuasai oleh kambing kampung.

Susana kandang  perlu cerah dan jangan redup dan lembab sangat, Nanti kambing boleh dapat selsema. Kawasan sekeliling kandang juga perlu diterangkan, supaya kambing mendapat cahaya matahari. 

Begitulah Update cerita kambing.
Sekian

#PermaiMenulis
#haiwan
#Kambing











 Gaya selepas kena suntik

Musim hujan yang sejuk, kambing kecik yang yatim piatu  berhimpit dengan kambing besar untuk mendapatkan haba.



πŸŽ‰ JOM BERCUTI DI MASJID' πŸŽ‰
πŸ—“Tarikh: 11-14 DISEMBER 2017
 (ISNIN-KHAMIS)
 πŸ•°Masa : 8.00 pagi-12.00 Tengahari
 πŸ•ŒTempat: Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis
 πŸ‘¨πŸ»πŸŽ“ Umur: 9-17 tahun
 πŸ”‘ Antara aktiviti yang Menarik akan dijalankan: 😍 😍
 πŸ‘‰πŸ» Pengukuhan Membaca Al Quran dengan mantap
 πŸ‘‰πŸ» Hafazan Surah Pilihan
 πŸ‘‰πŸ» Motivasi 
 πŸ‘‰πŸ» Bengkel Personaliti
 πŸ‘‰πŸ»Game Modul
 πŸ’° PROMOSI Yuran  ❗ : PERCUMA

Berminat??? Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut sila whatsapp/msg/call :

No comments: