Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Tuesday, May 14, 2013

Salah Hari..


Sebulan kebiasaannya ada 4 minggu, namun ada juga bulan yang mempunyai 5 minggu. Bagi pengkuliah yang berkuliah mingguan tiada masalah. Cuma masalah timbul pada pengkuliah yang berkuliah 2 minggu sekali dan sebulan sekali.

Contoh, hari selasa minggu pertama Ustaz A, hari selasa minggu ke 2 Ustaz B, hari selasa minggu ke3 ustaz A, hari selasa minggu ke 4 Ustaz B,

Kekeliruan biasa timbul kalau ada minggu ke 5, contoh minggu ke 5 Ustaz A ambil..jadi minggu pertama bulan berikutnya..biasa berlaku salah faham antara ustaz A dan Ustaz B. Ustaz A anggap minggu pertama (dan memang betul pun) Cuma kadangkala Ustaz B anggap minggu ke 2…  Menyebabkan berlaku 2 orang ustaz datang serentak ataupun langsung tiada ustaz yang datang. Lebih parah Ustaz yang sebenarnya tersalah mengganggap dirinya yang betul.

Saya juga kadangkala mengalami masalah tersebut. Hari Rabu minggu pertama saya akan ke Surau Kampung Lalang, dan Hari Rabu minggu ke2 saya akan ke Masjid Bt 9. Masalah saya selalunya kedua-dua masjid dan surau terbabit sering mendakwa minggu itu sepatutnya saya ke tempat mereka..sehinggakan saya sendiri jadi confius..padahal saya mempunyai   planner..

Tetapi bagi saya masih OK, jika hendak dibandingkan dengan banyak lagi masjid dan surau terutamanya di kampung-kampung yang hampir tiada langsung program kuliah di tempat mereka. Banyak faktor, antaranya tenaga pengajar yang berkira /payah  hendak ke tempat mereka yang agak jauh. Tetapi alasan tersebut  masih boleh diterima lagi. Sebabnya banyak juga ustaz-ustazah sekolah yang menyepi dari masjid dan surau..yang ni memang bermasalah..bukan masjid dan surau tu sahaja  yang bermasalah..tetapi sebenarnya ustaz dan ustazah tersebut mempunyai masalah yang lebih besar dengan Tuhan di kemudian hari nanti.

Ps : bukan mahu mengena pada sesiapa..tetapi muhasabah bersama demi untuk mewujudkan budaya ilmu di masjid. Masjid & surau penuh dengan pengajian ilmu..insyaAllah masyarakat akan faham Islam yang syumul dan akan menolak kebatilan yang bermaharajalela sekarang disebabkan kejahilan yang melampau di kalangan masyarakat terutamanya di kampung-kampung.

Wasalam.

No comments :