Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Saturday, May 04, 2013

Watak Sebenar Bila Musim PRU-3


Menjelang pilihanraya semua pihak akan berkempen bagi meraih undi orang ramai. Pelbagai kaedah dijalankan, yang paling banyak dan telah lama digunakan ialah berceramah sama ada calon sendiri berceramah atau wakil-wakilnya.

Cerita 1

Baru ini di daerah kami, semua guru telah mendapat arahan untuk menghadiri program rasmi di bawah PPD, program demi kesatuan umat melayu yang disampaikan oleh Dr Sidek Baba. Sidek Baba suatu nama yang rasanya tidak perlu diperjelaskan lagi atas ketokohan akademiknya. Cuma kali ini program ini sangat menjejaskan reputasi keakademikannya apatah lagi di hadapan para guru yang menjadi penilainya.

Program dimulakan dengan kehadiran calon-calon BN, (sepatutnya tidak boleh kerana bukan BN yang anjurkan tetapi PPD) seterusnya bermulalah ceramah Dr Sidek Baba..bukan ilmiah pun hanya memaki dan menceritakan perihal Anuar Ibrahim (bekas sahabatnya yang menaikkannya dahulu di UIA)..akhirnya ramai guru yang meluat dan keluar dewan…Saya percaya Reputasi Sidek Baba habis jatuh dan tidak disanjung lagi.

Cerita 2

Minggu ini juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Lipis/ Raub (Kakitangannya merupakan penjawat awam) telah menjemput semua kepimpinan koperasi di Lipis untuk menghadiri program ramah mesra bersama pemimpin. Meneliti aturcara, pemimpin yang dimaksudkan ialah calon BN. Bagi orang yang cerdik dan berakal, nampak sangat kesalahannya, kenapa pula SKM yang anjur program berkempen untuk BN bukan Parti BN sendiri yang anjurkan. Nampak sangat Staf SKM merupakan jentera berkempen Parti BN..dari segi undang-undang memang salah.

Cerita 3

Cerita di sebuah kampung yang tidak maju pun di daerah Lipis, dapat geran bantuan RM 200 untuk beli smart phone tiada nilai pun sebabnya  line telefon pun tak ada kat kampung tersebut..
BN buat aduan kepada pemantau menyatakan PR ada buat kesalahan iaitu mengibarkan bendera PKR sedangkan hanya PAS yang bertanding di dun dan parlimen tersebut. Bila Pemantau datang PR akur dan turunkan bendera PKR.

Sebenarnya pihak BN cawangan tersebut lagi buat kesalahan yang besar, tetapi PR hanya diamkan sahaja, malas nak buat kecoh. Tetapi bila pihak BN mulakan dulu..apa lagi pihak PR kampung tersebut buat laporan juga ke pemantau PRU. Kesalahan yang dilakukan oleh pihak BN ialah menggunakan Balai Raya sebagai markaz BN. Dua kali polis masuk kampung dan akhirnya pihak BN kena punggah barang-barang keluar dari balai raya tersebut. Nampak sangat pihak BN tak faham beza antara harta kerajaan dengan harta Parti.

Kesimpulan

Apabila berkempen jangan salah guna kuasa. Kalau calon PAS naik berkhutbah jumaat, report dari BN macam lah calon PAS buat  jenayah berat seperti bunuh orang. Kita adili dengan adil tanpa dipengaruhi dengan emosi. Akal yang matang menyatakan bila berkempen kenalah guna jentera Parti bukannya guna jentera kerajaan. Kerajaan dan parti adalah suatu yang berbeza.
Saya cadangkan guru-guru di sekolah kena ajar kepada anak murid pengertian harta awam, harta kerajaan, harta persendirian, harta pajakan dan sebagainya. 

No comments :