Friday, November 26, 2010

Banjir di Pahang?

i
Utusan Malaysia hari ini :
KUALA LIPIS 25 Nov. - Lima kampung di Mukim Cheka Dua dekat sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan selama lebih empat jam awal pagi ini.
Kampung terbabit adalah Kampung Kerambit, Kampung Padang Puyuh, Kampung Machang Berguling dan Kampung Putu.
ii
Semasa ke JKR Lipis pagi tadi, staf-staf JKR sedang bersiap dan kemudiannya keluar menaiki lori menuju ke destinasi. Rupanya Jalan Benta-Jerantut sudah ditutup, ada kejadian tanah runtuh mungkin disebabkan hujan yang berterusan turun di kawasan tersebut.
iii
Biasanya En.Amran yang akan incas program halaqah di JKR, tetapi pagi ini beliau juga tidak dapat datang ke tempat kerjanya. Jalan ke kampungnya Kg. Binjai telah dinaiki air. Walaupun rumah tidak dinaiki air, tetapi jalan masuk ke kampungnya telah ditenggelami air.
iv
Kalau hujan lebat di Temerloh atau di Pekan orang tak berapa kisah sangat. Orang mula risau kalau hujan berpanjangan di daerah hulu Pahang, daerah Lipis dan Jerantut.
v
ada pendapat kata, banjir adalah fanomena alam atau hukum alam. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman kita harus meyakini bahawa semuanya merupakan ketentuan Qada' dan Qadar dari Allah buat hambaNya. Ujian yang datang dari Allah buat hambaNya kadang-kadang sesuatu ujian itu datang dalam bentuk kesenangan, tetapi biasanya manusia tidak sedarkannya, terus hanyut leka dari akrab dengan Allah. Tetapi bila tiba ujian dalam bentuk kepayahan barulah manusia kembali ingat kepada Allah s.w.t.

1 comment:

batusawar said...

kenapa ambil berita dari utusan malaysia. org lain boleh baca sendiri. lagipun awak promote dia. tulislah berita sendiri dan ambil gambar kat tangga tu...sungai jelai. barulah ori...