Sempena Aidil Adha ini mari kita sama-sama mengulangkaji hal-hal yang berkaitan dengannya :
1.Hukum Solat Sunat Hari Raya : Sunat Muakkad. Disyariatkan secara berjemaah namun sah dilakukan secara bersendirian.
2. Waktu Solat Sunat Hari Raya : Bermula dari matahari terbit hingga tergelincir.
3. Cara Solat Sunat Hari Raya : dua rakaat dimulai dengan takbiratul ihram, kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali. Pada rakaat kedua bertakbir sebanyak lima kali. Semua takbir tambahan ini sunat sahaja. Jika terlupa solat tetap sah.
4. Selepas Solat Sunat Hari Raya : Sunat melakukan dua khutbah. Khutbah sebaiknya secara ringkas.
5.Tempat Solat Sunat Hari Raya : Afdal tempat yang dapat menampung lebih ramai jemaah.
6. Takbir Pada Hari Raya : Sunat bertakbir bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Takbir dilafazkan dengan suara nyaring sama ada di rumah, jalan, masjid dan tempat-tempat awam.
7. Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya.
8. Sunat tidak berserapan dahulu sehingga selesai bersolat.
(Sumber ;Fiqh al-Manhaji)
Suatu cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri yang jarang dilakukan tetapi sangat cantik untuk dipraktikkan ialah..
Awalkan sedikit solat sunat hari raya, mungkin dalam pukul 7.30-7.45 pagi. Khutbah Raya pendek dan ringkas sahaja dalam pukul 8.15 pagi sudah selesai khutbah raya. Terus melakukan ibadah korban yang binatang korban telah disiapkan sebelum dari solat lagi. Siap lapah, sebahagian daging dimasak. Dalam pukul 9.30 pagi semua jemaah dapat bersama-sama sarapan pagi dengan makanan pertama yang kita makan pada hari itu ialah daging korban.. Alangkah meriahnya suasana ketika itu.
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua. Mudahan Aidil Adha ini dapat mengingatkan kita dengan pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar seterusnya menuntut pengorbanan kita semua dalam menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment