Thursday, November 25, 2010

PenJELASan yang Tidak JELAS

Kita mesti biasa mendapatkan penjelasan terhadap suatu perkara yang kita tidak jelas mengenainya. Sudah tentu pihak yang memberikan penjelasan itu akan menjelaskan tentang perkara yang kita inginkan. Biasa kita lihat di premis-premis besar ada meja khas untuk information, di Mall-Mall, di Bank.Biasanya kita akan menanyakan mungkin beberapa soalan sehingga kita berpuas hati terhadap penjelasan yang diberikan.
Salah Faham
Namun kadang-kadang berlaku juga salah faham selepas penjelasan diberikan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan beberapa perkara :

Yang Memberi Jelas :
-Masih sangat baru dengan pekerjaannya. Mungkin kita merupakan pelanggannya yang pertama.
-Mukaddimah yang panjang lebar, tidak straight kepada point.
-Soalan yang diterima tidak dijangkanya.
-Menjawab dengan sangat ringkas, seperti nak tak nak sahaja, mungkin bengang dengan karenah pelanggan yang Tanya banyak beli belum tentu lagi.
-Memang sudah dilatih oleh Bos untuk tidak memberi penjelasan yang Ikhlas, mungkin kerana produknya ada beberapa masalah, jika bercakap jujur tiada orang yang akan membeli produknya.
-Sengaja tidak menceritakan point utama tetapi lebih kepada cabang reneknya supaya produknya nampak hebat.

Beberapa waktu yang lalu, mungkin lebih sesuai beberapa bulan yang lalu :
I
Ketika saya mundar mandir di Kuantan Prade, Datanglah seorang Mamat menyapa sambil menyuakan kupon . Katanya dapat hadiah free, memang kebiasaannya saya tidak layan, tetapi saje hari tu saya follow mamat tu, sambil berjalan dia sentiasa mengulang-ulang dapat hadiah percuma.
Tiba di premisnya, dia masukkan nombor siri pada kupon ke dalam system komputernya, dan akhirnya saya dapat hadiah misteri yang kecil. Sebenarnya tahu dah, memang sudah diprogramkan dalam komputernya, saja buat gimik masuk nombor siri kupon. Dapatlah mug murah yang sudah sumbing muncungnya.
Kemudian katanya saya layak ke pusingan seterusnya, dapat pulak hadiah besar. Bagi nampak real lagi mamat tu dengan semua staf yang ada dalam tu buat gimik, semua berpura-pura terkejut, siap bersalam lagi ucap tahniah.
Ringkasnya Mamat tu bagi lagi beberapa penjelasan bagi membolehkan saya layak mendapat hadiah besar itu.
1: Kena bergambar bersama-sama staf dan dengan hadiah yang diperolehi.
2:Tidak boleh jual hadiah tu. Selepas 3 tahun baru lah boleh.
3. Dapat Baucer RM 100
4.Orang lain tanya, cakap beli jangan cakap dapat hadiah.

Kalau lihat pada syaratnya itu macam biasa sahaja, semuanya itu nak bagi kita kelabu mata sahaja, maklumlah suka sangat baru dapat hadiah besar. Tetapi sebenarnya yang dia maksudkan kepada kita dengan secara tidak jelas ialah pada syarat nombor 3. Iaitu dapat baucer RM 100. Rupanya kita kena beli 1 barang lain dengan diskaun RM 100 barulah dapat hadiah besar itu. Harganya sampai dekat RM 3000 lebih.

Akhir sekali, sudah tentu saya tidak setuju, dan saya berlalu dengan mamat tu telah menghabiskan masa saya dengan penjelasan awalnya lain, penjelasan kemudiannya juga masih tidak jelas, akhirnya selepas saya utarakan dulu maksudnya adalah bla..bla..barulah ia mengiakan…

ii
Saya bercadang untuk mengambil pakej internet unlimited untuk Hp saya. Setelah mendengar penjelasan dari stafnya yang berada di bahagian information, saya ke kaunter dan sambil mendaftar mendengar lagi penjelasannya. RM 38.00 sebulan katanya. Dah siap daftar..staf tu kata ok, boleh guna terus.
Minggu tu juga telefon saya kena block, sebab dah capai had. Telefon ke Costumer servis suruh dia check akaun, memang dah capai had kredit. Rupanya ada yang tak setel lagi. Penjelasan dia memang mengecewakan. Disebabkan itu saya terpaksa bayar berganda-ganda kerana perkhidmatan internet dalam telefon saya masih tidak update.
Apabila saya ke kaunter semula, staf yang lain pula check kata, staf yang dulu tu buat ada yang tertinggal..itu yang saya terpaksa bayar lebih pada bil saya… tak pelah nanti saya tuntut balik bayaran itu kat akhirat nanti…
Ada lagi beberapa kisah, tetapi saya sudah tak sempat nak tulis..cukuplah sampai di sini. Kesimpulannya, bagilah penjelasan dengan amanah, penjelasan yang sejelas-jelasnya.Kalau boleh kita tak payah nak tanya satu apa pun soalan sebabnya penjelasannya sudah cukup untuk kita faham sejelas-jelasnya.





No comments: